Tuesday, 2 June 2026

FOTO KENANGAN: PAHANG : BANDAR TUN RAZAK, MARAN & CHENOR

BANDAR TUN RAZAK, PAHANG

Bandar Tun Razak dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah Bandar utama di Pahang.Ia adalah pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai FELDA Jengka. Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas rancangan FELDA. Terdapat satu lagi Bandar Tun Razak iaitu di Kuala Lumpur. Di bandar ini terdapat kampus UiTM Cawangan Pahang iaitu kampus Bandar Jengka. 


2013: DEWAN JKKK SUNGAI JERIK, BANDAR TUN RAZAK
Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan telah menganjurkan Kempen Kesedaran Penyakit Jantung pad 6 Oktober 2013 di Dewan JKKK Sungai Jerik di Bandar Tun Razak, Pahang. 





Kami menginap di Issoria Hotel di Bandar Tun Razak semasa Program di Sg. Jerik, Pahang. Terletak di Lorong Jed 1, Nadi Kota, Bandar Baru Jengka merupakan hotel bajet 1 Bintang, dibina pda 2010. 


Durian Sg. Jerik merupakan salah satu klon durian tempatan yang sangat popular dari wilayah Maran, Pahang. Durian Sg.Jerik terkenal dengan isi yang tebal, tekstur berkrim (creamy), serta gabungan rasa manis berlemak yang perkat. 


Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Ianya dahulu dikenali dengan nama Pekan TongKiat bersempena nama seorang tauke Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Majoriti penduduknya berbangsa Cina.Kawasan ini dahulunya adalah kawasan hitam akibat dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. 
Rujukan
  1. Hanila : Peristiwa di Ladang Ng Tiong Kiat @ Sg Jerik.
  2. Zulheimy Maamor: 6 Oktober 2013 - Kg.Sungai Jerik, Jengka
MARAN, PAHANG
Maran merupakan satu daerah di negeri Pahang yang terletak di antara Temerloh dan Kuantan. Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Maran ialah Sungai Berkelah dan Lubuk Yu. Antara pekan-pekan kecil yang terdapat di dalam daerah Maran adalah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik yang juga digelar Tong Kiat. Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada masyarakat Jengka juga terletak dalam daerah Maran ini.

2013: DEWAN JKKK SRI JAYA, MARAN, PAHANG
Foto kenangan ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung anjurang Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan di adakan di Dewan JKKK Sri Jaya, Maran, Pahang pada 23 Jun 2013. 
Rujuk: zulheimymaamorblog : 2013 - Sri Jaya, Maran, Pahang

Hotel Sri Jaya dimana kami menginap sepanjang program di Sri Jaya, Maran. 


Strategi mewujudkan "Bandar Ayam Kampung" oleh Majlis Daerah Maran adalah merupakan hasrat kerajaan Negeri Pahang yang mahu imej Maran terus melekat di hati pengunjung sebagai "Bandar Ayam Kampung" sebagaimana Temerloh yang sinonim dengan nama "Bandar Ikan Patin". 





CHENOR, PAHANG
Chenor sebuah daerah yang terletak di Maran, kira-kira 15 km dari Temerloh, Pahang.




Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalanakan di Klinik Kesihatan Chenor, Chenor, Pahang pada 17 Mei 2014. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
2 Jun 2026: 1.15 p.m

No comments: