Thursday, 5 November 2015

2015 - MELAKA : ALOR GAJAH & BANDAR HILIR

Melaka negeri Bersejarah, tidak asing bagi ku kerana Kampung arwah ibu ku di Lubok Cina, Melaka. 
Tahun 2015 aku tidak banyak travel ke Melaka kerana program Yayasan Jantung Malaysia tidak banyak mendapat lokasi di Melaka. 
Tahun 2015 hanya ada satu program di Melaka iaitu di Kolej Universiti Agrosains Malaysia  yang diadakan pada 5 November 2015, terletak di Ayer Pa' Abas, Alor Gajah, Melaka. Seramai 116 pelajar dan setaf telah membuat pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Sebelum itu aku telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan di UCAM pada 27 Oktober 2015. 






Penubuhan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) bermula pada tahun 1960 yang pada asalnya dikenali dengan nama Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI)
Pada tahun 1973, RISDA mengambilalih institut tersebut dan menamakannya sebagai Sekolah Latihan RISDA. Ia dinaik taraf menjadi Kolej RISDA pada tahun 1999. 
Pada 8 Disember 2014 Kolej RISDA dinaik taraf menjadi Universiti dan dinamakan Universiti College of Agroscience Malaysia atau ringkasnya UCAM.

ALOR GAJAH
Alor Gajah merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Melaka. 





Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej Universiti Agrosains Malaysia di Alor Gajah Melaka diadakan pada 5 November 2015. 
Semasa Program kami menetap di D'Impiana Homestay di Alor Gajah Melaka. 





Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Gajah mengambil masa 1 jam 36 minit dengan jarak perjalanan sejauh 119 km. 

Disebelah petang sebelum hari Program kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Bandar Hilir, Melaka. 

BANDAR HILIR


Bandar Hilir, Melaka adalah merupakan sebuah kawasan pelancongan dimana terdapat banyak tempat-tempat menarik di sini. Antaranya adalah Kota A Farmosa, Istana Kesultanan Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan Stadhuys, Menara Pengisytiharan Kemerdekaan dan yang terbaru adalah Menara Taming Sari. 



Muzim Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990  dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. 


Muzium TLDM Melaka terletak di hadapan Muzium Samudera pada asalnya terletak di Pengkalan TLDM Lumut, Perak, namun dipindahkan ke Melaka bagi memudahkan para pelawat untuk mengunjunginya. 
Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995. 

Kelihatan dipamerkan di Muzium ini adalah kapal  KD Sri Trengganu yang merupakan bekas Kapal Ronda Squadron ke 12 TLDM yang telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TLDM. 
KD Sri Trengganu ini juga adalah antara kapal yang mengiringi KD Sri Perak yang tenggelam di Laut China Selatan pada tahun 1984 bersama dengan KD Hang Tuah ketika itu. 

Boleh ikuti kisah tragedi pahit tenggelamnya KD Sri Perak di halaman berikut:

1. Tenggelamnya KD Sri Perak (1984)

Kali terakhir saya melawat Muzium TLDM ialah pada tahun 2008



Di belakang itu kelihatan Menara Taming Sari yang terdapat di Bandar Hilir. Menara setinggi 110 meter dapat berputar 360 darjah bagi memudahkan para pelawat untuk melihat panorama bandaraya Melaka . Menara ini dirasmikan pembukaan pada 18 April 2008. 

Demikian kembara Melaka 2015, in sya Allah tahun hadapan kami akan cuba mencari - cari kawasan di Melaka untuk program kami selanjutnya. 

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat KL
5/11/2015








No comments: