Thursday, 18 June 2026

FOTO KENANGAN : SELANGOR > BANGI, BESTARI JAYA, KAJANG & KELANG

BANGI
Bangi, sebuah kawasan terletak di selatan daerah Hulu Langat, Selangor. Terbahagi kepada 2 kawasan utama, iaitu pekan lama yang dikenali sebagai Pekan Bangi dan bandar terancang moden iaitu Bandar Baru Bangi. 


Kenangan ketika program "SAVE SYRIA" yang berlansung di Masjid Al-Hasanah di Bandar Baru Bangi pada 7 September 2013. Program ini diadakan melalui segmen Raudah di Hati Ku anjuran TV9.


Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Kolej Poly Tech MARA Bangi pada 2 Mac 2015. 
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2015: Kolej Poly Tech MARA Bangi


Program Kesedaran Penyakit Jantung anjuran Yayasan Jantung Malaysia diadakan di perkarangan Surau Ar Raudah di Bandar Baru Bangi pada 18 November 2017. 




Menghadiri Majlis perkahwinan saudara sebelah isteri di D Gateway Perdana Hotel yang terletak di Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. 

BESTARI JAYA
Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai), sebuah pekan kecil di Selangor, terletak di daerah Kuala Selangor. Ianya ditukar kepada Bestari Jaya pada tahun 2007 kerana terdapatnya tanggapan tidak senonoh tentang istilah "Batang Berjuntai". 





Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti anjuran Yayasan Jantung Malaysia dijalankan di Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya pada 15 Februari 2014. 



Homestay Al-Hanah dimana kami menginap ketika program di Bestari Jaya terletak di Jalan Waja Kanan, Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya. Homestay ini kerap menjadi pilihan kepada ahli keluarga para pelajar yang mendaftar di Universiti Selangor (UNISEL). 



Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Kg. Bestari Jaya, Bestari Jaya pada 3 Mei 2014. 

KAJANG
Kajang sebuah mukim di daerah Hulu Langat, Selangor, terletak bersebelahan dengan Semenyih, Hulu Langat dan Ampang, ditadbir dibawah Majlis Perbandaran Kajang. Terletak lebih kurang 21 km dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalanraya seperti Lebuhraya Silk dan Jalan Keretapi. 


Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), sebuah universiti swasta dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Foto diatas adalah ketika melaksanakan program "Route to Professional Engineer" anjuran The Institution of Engineers, Malaysia di UNITEN pada 19 Jun 2007. 


Program Kesedaran Penyakit Jantung peringkat Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi anjuran Yayasan Jantung Malaysia diadakan di SMK Tinggi Kajang, pada 8-9 Mac 2012. 




Program Kesihatan di Sebuah sekolah persendirian di Sekolah Beaconhouse Sri Murni yang terletak di Batu 9 Jalan Cheras Selangor Selangor.

KLANG
Klang adalah Bandaraya DiRaja Selangor, terletak kira-kira 32 km dari Kuala Lumpur. Bersempadan dengan daerah Petaling dan Kuala Langat terletak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya DiRaja Klang. 



Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Sek.Men. Chung Hua Persendirian di Klang, Selangor pada 6 Mei 2014. 


My T Hotel di Jalan Kota Raja, Kg. Jawa, Klang dimana kami menginap pada 2014. Kini beroperasi dibawah pengurusan baharu dengan nama Hotel Rim Global, Klang. 



Program "Minggu Jantung Klang 2018" yang berlansung di GM Klang yang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, Klang dari 17-19 Ogos 2018. 


Ezi Hotel yang terletak tidak jauh dari GM Klang (Jarak jalan kaki) dimana kami menginap ketika program di GM Klang. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Jun 2026: 1.54 p.m

No comments: