KUANTAN PAHANG
Kuantan ialah ibu negeri dan bandar raya terbesar di Pahang, Malaysia. Terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung Malaysia menghadap Laut China Selatan, Kuantan menggabungkan keindahan alam semula jadi seperti pantai yang bersih dengan pembangunan bandar moden.
Pusat Pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1955.
Kuantan tidak asing bagi saya kerana saya pernah 2 kali bertugas di Kuantan pada tahun 1987 (KD Panah) dan kemudian 1992-1995 (SKTLDM Kuantan).
KD PANAH DAN SKTLDM KUANTAN
Saya bertugas di kapal KD Panah dari Skuadron ke-14 Kapal Ronda TLDM yang berpengkalan di Tanjung Gelang, Kuantan dari 30 Mac 1987 hingga 11 Oktober 1987 dan kemudian di SKTLDM Kuantan dari 4 Disember 1991 hingga 13 Mac 1995.
KD Panah (30.3.1987 - 11.10.1987)
SKTLDM Kuantan (4.12.1991 - 13.3.1995)
2014: KUANTAN PARADE
Yayasan Jantung Malaysia telah menganjurkan "Minggu Jantung Kuantan 2014" dari 24 - 28 April 2014.
Kuantan Parade adalah dibawah pentadbiran Badan Pengurusan Bersama Kuantan Parade dibina sekitar tahun 1995.
Ketika bertugas di SKTLDM Kuantan (1992-1995), bangunan ini ketika itu dalam pembinaan dan saya tidak berkesempatan untuk melihat ianya siap kerana bertukar tugas ke Kuala Lumpur.
Namun, syukur Alhamdullillah kali ini saya berkesempatan untuk berada didalam bangunan ini ketika Minggu Jantung Kuantan dari 24 - 28 April 2014.
Kami menginap di Hotel Seasons View Kuantan yang terletak di Lorong Haji Abdul Rahman 1, hanya seberang jalan sahaja dari Kuantan Parade. Ianya juga berdekatan dengan Menara Kuantan 188, Taman Esplanade dan Balai Polis Kuantan.
KUANTAN PARADE : 2017 & 2018
Program Minggu Jantung Kuantan diadakan lagi selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada 2017 dan 2018.
1. Minggu Jantung Kuantan 2017: 29 Mac - 2 April 2017
2. Minggu Jantung Kuantan 2018: 4 - 8 Julai 2018
Pada 2017 kami menginap di Hotel Seasons View Kuantan
Kenangan bersama rakan sekerja bersantai di Pantai Teluk Cempedak pada 2 April 2017 selesai program di Kuantan Parade.
Pada 2018 kami menginap di The V Hotel Kuantan, di Jalan Sehala, Kuantan betul-betul berhadapan dengan Kuantan Parade.
Foto yang dikirim oleh kakak saya ketika beliau membuat tugasan di Markas Wilayah Laut 1 pada 2024. Disinilah saya bertugas pasda 1987 dan juga 1991 - 1995.
GAMBANG, PAHANG
Gambang merupakan sebuah bandar di daerah Kuantan, Pahang. Ia terletak kira-kira 18 km dari bandar Kuantan, Pahang
Gambang juga merupakan lokasi kampus Universiti Malaysia Pahang (dulu KUKTem).
Gambang juga merupakan lokasi kampus Universiti Malaysia Pahang (dulu KUKTem).
Kenangan ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SJK (Cina) Gambang, Pahang pada 24 Julai 2016.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2016 - Pahang : Gambang, Kuantan, Temerloh & Mentakab
Semasa program di Gambang, kami menetap di hotel Gambang Selesa View. Hotel ini terletak di Jalan Bandar Gambang 3, Gambang, Pahang.
Hentian Rehat Gambang Timur, salah satu hentian utama di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Pahang. Terletak di KM 218 sepanjang LPT 1 sebelum susur keluar ke Gambang / Kuantan.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
5 Jun 2026: 12.28 p.m



.jpg)








.jpg)






No comments:
Post a Comment