Saturday, 20 June 2026

2001 - TEMBOK BESAR CHINA

TEMBOK BESAR CHINA

Teringat ketika zaman persekolahan dahulu. Dalam pelajaran Ilmu Alam antara yang dipelajari ialah Negara China. Saya masih ingat bila melihat gambar Tembok Besar saya berasa begitu kagum dan teringin sekali melihatnya dengan lebih dekat.
Ternyata impian saya itu tercapai apabila saya berpeluang melawat Negara China pada tahun 2001 bersama setaf The Institution of Engineers,Malaysia. Kami berpeluang melawat Beijing, Tianmen dan Bandar Pergunungan Chengde



Sedikit Info Mengenai Tembok Besar China:
Tembok Besar China adalah satu dari 7 Keajaiban Dunia dan telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO pada tahun 1987. Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400 kilometer bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria.
Dibina lebih 2,000 tahun dahulu oleh Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huangdi semasa Pemerintahan Dinasti Qin (221 SM – 206 SM).
Tinjauan yang dilakukan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 menggunakan peralatan teknologi masakini melaporkan bahawa panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8,851 km (5,500.3 batu).
Walaupun Tembok Besar ini dibina di zaman Dinasti Qin, namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah pembangunan yang dilakukan oleh Maharaja Dinasti Ming (1368M – 1644M). 












Tembok Besar China di Badaling (八达岭长城) merupakan salah satu bahagian benteng pertahanan purba yang paling terkenal, paling utuh dipelihara, dan paling ramai dikunjungi oleh pelancong di Beijing. Bahagian ini dibina semasa Dinasti Ming untuk melindungi ibu kota daripada serangan luar. Badaling terletak sekitar 70 km di Barat Laut Bandar Beijing. 


Tembok Besar Hushan (虎山长城 - Hushan Chángchéng) merupakan titik permulaan paling timur yang sah bagi struktur pertahanan Tembok Besar China dari zaman Dinasti Ming. Terletak di Daerah Autonomi Manchu Kuandian, Dandong, Wilayah Liaoning, kawasan ini berada betul-betul di sempadan antara China dan Korea Utara. 
Dibina pada 1469 semasa era Dinasti Ming bertujuan untuk memperkukuhkan pertahanan sempadan daripada serangan penceroboh dari utara.


Tembok Besar Huangyaguan - terletak di kawasan Pergunungan di utara Daerah Jizhou, Tianjin, kira-kira 126 km ke utara bandar Tianjin dan berhampiran sempadan Beijing-Hebei.
Mula dibina lebih 1,400 tahun lalu semasa Dinasti Qi Utara (557 Masihi). 


Tembok Besar Jiankou- salah satu bahagian yang paling terkenal, terkenal di Daerah Huairou, sekitar 73 km di sebelah utara Beijing,bahagian sepanjang 20 km ini dibangun pada masa Dinasti Ming (1368-1644).



Jiayuguan (Jiayu Pass) - terletak di Kota Kiayuguan, Gansu China. Dibina pada 1372 dan mengambil masa selama 168 tahun untuk disiapkan. 



Tembok Besar Jingshanling, terletak di kawasan Pergunungan Daerah Luanping, Chengde, Provinsi Hebei, sekitar 130 km ke timur laut Beijing. Mula dibina pada tahun 1368 di bawah arahan Jeneral Xu Da dari Dinasti Ming dan kemudiannya diperkukuh oleh Jeneral Qi Jiguang pada tahun 1567. 





Tembok Besar Juyongguan (Juyong Pass), terletak disebuah lembah sepanjang 18 km yang dikenali sebagai Guan Gou di Daerah Changping,kira-kira 60 km di utara bandaraya Beijing. 
Juga dikenali dengan nama "Pillar Greens at Juyongguan". 
Terletak di tengah-tengah kompleks, platform marmar putih yang dibina pada zaman Dinasti Yuan (1342) ini dihiasi dengan ukiran seni Buddha yang halus. Di dalam terowong gerbangnya terdapat inskripsi teks suci Buddha yang diukir dalam enam bahasa kuno yang berbeza.



Tembok Besar Mutianyu ialah salah satu bahagian Tembok Besar China yang paling terkenal, terpelihara dengan baik, dan amat digemari oleh pelancong antarabangsa. Terletak di Distrik Huairou, kira-kira 70 kilometer di timur laut pusat bandar Beijing, bahagian sepanjang 5.4 kilometer ini mula dibina pada pertengahan abad ke-6 semasa Dinasti Qi Utara dan dibina semula secara besar-besaran semasa Dinasti Ming di bawah seliaan Jeneral Xu Da.



Laotongtou (Old Dragon's Head) bahagian paling timur bagi Tembok Besar Dinasti Ming. Terletak di Daerah Shanhaiguan, Kota Qinhuangdao, Provinsi Hebei, China, terkenal kerana strukturnya yang unik yang menganjur terus ke dalam laut Bohai. 


Tembok Besar Wulonggou  - terletak di Daerah Laiyuan, Bandar Baoding, Provinsi Hebei. Dibina semasa Dinasti Ming sekitar 1573 hingga 1576 pada era Maharaja Wanli.Seksyen ini membentang sepanjang kira-kira 150 km merentasi 12 mukim. 


Menara Wanjinglou - (Cina ringkas: 望京楼; pinyin: Wàngjīng lóu), yang bermaksud "Menara Melihat Ibu Kota", merupakan menara pengawal yang paling terkenal dan tertinggi di Tembok Besar seksyen Simatai. Menara ikonik ini terletak di sempadan antara Daerah Miyun (Beijing) dan Wilayah Luanping (Hebei).


Tembok Besar Seksyen Simatai - (Cina ringkas: 司马台长城; pinyin: Sīmǎtái chángchéng) merupakan antara bahagian Tembok Besar China yang paling terkenal kerana mengekalkan rupa bentuk asal dari zaman Dinasti Ming. Terletak di Daerah Miyun, Beijing, seksyen sepanjang 5.4 kilometer ini terkenal dengan laluannya yang ekstrem dan rupa bumi yang sangat curam.
Satu-satunya Seksyen Tembok Besar China yang dibuka kepada pelancong pada waktu malam dengan hiasan lampu LED yang indah di sepanjang laluan tembok. 


Shanhaiguan (Cina ringkas: 山海关; pinyin: Shānhǎiguān) atau Laluan Shanhai berfungsi sebagai kubu pertahanan tentera yang paling strategik untuk melindungi empayar China daripada pencerobohan puak asing dari arah timur laut.
Dikenali dengan gelaran "First Pass Under Heaven" (Laluan Pertama di Bawah Syurga), ia merupakan pintu gerbang utama di mana Tembok Besar China bertemu dengan Laut Bohai. Shanhaiguan terletak di Qinhuangdao, Provinsi Hebei, kira-kira 300 km ke arah timur laut dari Beijing. 


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update:
20 Jun 2026: 6.24 pagi

No comments: