WP Putrajaya, Pusat Pentadbiran bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia yang direka dengan konsep "Bandar Pintar dalam Taman". Terletak 25 km dari Kuala Lumpur, wilayah ini berfungsi sebagai pusat operasi Kementerian, kediaman rasmi Perdana Menteri dan pelbagai agensi Kerajaan Utama. Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.
Majlis Makan Malam Tahunan ke-52, Institusi Jurutera Malaysia ((EM) berlansung di Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort pada 16 April 2011. Ini adalah Makan Malam IEM yang terakhir buat saya kerana selepas Annual Dinner saya telah meletakkan jawatan sebagai Sekretariat di IEM setelah 12 tahun bersama dari 1999 sehingga 2011.
Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) telah berlansung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dan kawasan Perbadanan Putrajaya pada 5 November 2013.
Program Komuniti Yayasan Jantung Malaysia yang berlansung di Dewan Sri Endon di Putrajaya pada 9 April 2014.Program ini adalah atas Jemputan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) untuk ahli-ahli PUSPANITA.
Rujuk: 2014: Puspanita, Putrajaya
Program Kesedaran Penyakit Jantung anjuran Yayasan Jantung Malaysia yang berlansung di Setia PutrajayaSdn Bhd di Putrajaya pada 20 September 2015.
Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 berlansung pada 29 Oktober 2016 bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
Singgah Solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika hadir mesyuarat Penyelarasan Program di Putrajaya pada 3 Ogos 2018.
Menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada sepupu kami yang berlansung di Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya pada 26 Oktober 2019.
Kunjungan keluarga ke Putrajaya pada 23 Disember 2024. Kelihatan foto di atas ialah Bangunan Perdana Putra, yang merupakan kompleks pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Masjid Putra iaitu Masjid utama di Putrajaya, dinamakan sempena nama Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Menaiki Cruise Tasik Putrajaya satu yang tidak sepatutnya dilepaskan peluang apabila berkunjung ke Putrajaya.Cruise ini membawa pengunjung mengelilingi Tasik Putrajaya buatan manusia seluas 650 hektar, menawarkan pemandangan panorama sudut pandang air (waterfront view) yang menakjubkan.
Di Putrajaya terdapat 9 buah jambatan utama yang tersergam indah. 9 Jambatan tersebut adalah Jambatan Putra,Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Setia, Jambatan Seri Ehsan. Terdapat sebuah jambatan yang terhenti pembinaannya iaitu Jambatan Gantung Monorel.
Labuan memang tidak asing bagi saya dan ketika dalam Navy dulu Labuan sudah menjadi rumah kedua ketika berkhidmat di Kapal.
Boleh kata setiap kapal yang saya pernah bertugas, pasti akan ke Labuan dan yang pastinya akan menjalankan rondaan di kawasan Kepulauan Spratly (Terumbu-terumbu), selesai tugas rondaan akan merapat ke Jeti Labuan.
Paling lama di Labuan ketika bersama kapal KD Mutiara tahun 1985 ketika KD Mutiara membuat tugasan pengukuran dasar laut di Perairan Sabah....
Banyak kenangan di Labuan ini, Otai-otai Navy pasti akan terkenang Gadis Peniaga Gerai Makanan di Labuan dengan laungan "Bang Sayap Bang.... Sayap, sayap" , maksudnya Sayap Ayam yang dicecah dengan sos Kicap pedas... memang popular di Labuan....
Di Labuan juga ketika itu terdapat Markas Wilayah Laut 2 dan juga SKTLDM Labuan (Stesen Komunikasi)....
Cuma yang saya tidak pasti sekarang dimanakah MAWILLA 2 sekarang, samada di Kota Kinabalu atau Sandakan.... begitu juga SKTLDM Labuan adakah masih wujud?
Jeti dimana kapal TLDM merapat kalau tak silap saya di Liberty Wharf (dah lama.... lupa).... dari jeti itu boleh nampak dengan jelas Hotel Labuan yang saya difahamkan sekarang ini dalam proses untuk dirobohkan setelah terbiar terbengkalai sejak 1997.....
Masjid Jamek An-Nur di Labuan, saya masih ingat ketika saya tiba di Labuan dengan KD Mutiara tahun 1985 untuk tugasan Pengukuran di Sabah, ketika itu masih dalam pembinaan..... saya google foto masjid itu sekarang (2026)... cantik dah sebab dulu tak sempat tengok masjid tu siap kapal dah belayar balik ke Semenanjung.... ada juga pergi ke Labuah selepas itu tapi tak lalu pula kat Masjid tu.....
Kenangan di Labuan suatu ketika dahulu.
Sudut Bandar Victoria (Pusat Bandar Labuan) pada 1989. Bangunan disebelah kiri itu adalah Hotel Labuan semasa ia masih beroperasi.
Hotel ini mula beroperasi pada tahun 1979 setinggi 10 tingkat, pada zaman kegemilangannya, menjadi hab utama pelancong tempatan serta asing.
Namun hotel ini diisytiharkan tidak selamat pada November 1997 dan diarahkan tutup serta merta. Ianya dibiarkan kosong selama hampir 30 tahun. Akhirnya pada pertengahan 2025,kerja-kerja merobohkan bangunan ini bermula secara berperingkat.
Tugu Peringatan Perang Labuan diuruskan oleh Suruhanjaya Kubur Perang Komanwel (CWGC) menempatkan 3,908 pusara tentera Komanwel yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua. Terdapat 2,156 pusara tentera yang tidak dapat dikenal pasti nama mereka.
Masjid Jamek An-Nur Labuan ketika sedang dalam pembinaan pada tahun 1985.
Masjid ini mula digunakan pada Mei 1987 dan dirasmikan sepenuhnya pada 1 Februari 1988 oleh Yang DiPertuan Agong ke-8, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail dari Johor. Masjid ini boleh menampung sehingga 4,000 orang jemaah.
Bulatan Merdeka pada 1960'an, 1982 dan terkini
Menara Jam Labuan dibina pada 1906 hasil sumbangan dana daripada Chee Swee Cheng, seorang ahli perniagaan serta dermawan terkemuka dari Melaka yang juga merupakan Pengerusi pertama OCBC Bank.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Jun 2026: 10.367 p.m
No comments:
Post a Comment