SERI KEMBANGAN
Seri Kembangan sebuah bandar baharu yang pesat membangun di Selangor, merangkumi Balakong, Taman Lestari Perdana dan Taman Serdang Raya hingga ke Bandar Putra Permai, Taman Equine dan Taman Lestari Putra.
Persidangan GeoSynthetic Asia 2000 (GA 2000) dianjurkan oleh The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) berlansung dari 29 hingga 31 Mei 200 di Palace of The Golden Horses yang terletak di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor. Kami menginap di hotel ini beberapa hari dan kemudian di Mint Hotel.
IEM 45th Annual Dinner yang berlansung di Hotel Palace of The Golden Horses pada 17 April 2004 dengan tetamu Kehormat pada malam itu ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau diiringi oleh Presiden IEM Professor Emeritus Dato' Ir. Abang Abdullah Abang Ali.
Majlis Makan Malam Tahunan ke-47 Institusi Jurutera Malaysia (IEM) berlansung di Palace of The Golden Horses pada 22 April 2006.
Majlis "Reunion High School Setapak, Class 1978" yang berlansung di Kebun Mimpi @ Gita Bayu, Seri Kembangan, Selangor pada 15 May 2022. Gita Bayu merupakan destinasi penganjuran Majlis bertema santai dan alam semula jadi kerana suasananya yang menyerupai resort Tropika tersembunyi.
SERDANG
Serdang sebuah pekan di daerah Petaling, Selangor terletak 15 km dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Sungai Besi, berdekatan dengan Balakong.
Site Visit ke Stesen Janaelektrik Serdang yang terletak di Serdang, Selangor anjuran Mechanical Engineering Technical Division(METD), The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) pada 11 March 2006.
Sport Arena Bukit Serdang di Seri Kembangan ialah pusat sukan komuniti yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kesihatan dan kecergasan.
Program Kesedaran Penyakit Jantung anjuran Yayasan Jantung Malaysia dijalankan di Sport Arena Complex, Bukit Serdang di Bukit Serdang, Selangor pada 4 Februari 2018 dengan kerjasama Lions Club.
BAGAN LALANG, SEPANG
Bagan Lalang terletak dalam daerah Sepang, Selangor. Pekan ini berada di kedudukan paling selatan dalam negeri Selangor dan terletak berhampiran sempadan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kenangan bercuti bersama keluarga di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang pada tahun 2004 dan 2005. Terletak di Sungai Pelek, Sepang, Selangor, mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang hendak bermalam di Hotel ini.
Program Kesihatan di MQA Cyberjaya pada 24 Julai 2018
Majlis Kesyukuran di Kg.Kuala Pajam, Beranang, Selangor
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Jun 2026: 7.11 p.m
No comments:
Post a Comment