KUALA LANGAT & BANTING
Kuala Langat, sebuah daerah di Selangor bersempadan dengan Klang dan Petaling di utara, Sepang di Timur dan Selat Melaka di barat dan selatan. Antara bandar utama ialah Morib, Banting, Jugra dan Pulau Carey.
Banting pula adalah bandar pentadbiran bagi Kuala Langat.
Lawatan Tapak ke Genting Sanyen Power Station yang terletak di Kompleks Industri Kuala Langat, Mukim Jugra, Banting, Selangor pada 24 Mei 2006 anjuran Mechanical Engineering Technical Division, The Institution of Engineers, Malaysia.
Maklumat terkini, Edra Power Holdings Sdn Bhd telah mengambilalih pengurusan ini pada 2012.
Kolej Komuniti Kuala Langat di Jalan Sultan Suleiman Shah, Kampung Kathong, Banting, Selangor dimana anak saya belajar pada 2015/2016.
Pantai Morib terletak di Banting, Selangor. Saya dan keluarga mengambil kesempatan berkunjung ke Pantai Morib setelah selesai urusan di Kolej Komuniti Kuala Langat.
Disini terdapat sebuah tugu yang dibina bagi memperingati Pendaratan anggota tentera dai 46th Indian Beach Group dari Briged Infantri ke-25 yang pernah mendarat di pantai ini pada 9 September 1945. Berdasarkan catatan pada plak tersebut, operasi ini melibatkan 42,651 anggota tentera, 3,968 kenderaan dan 11,224 tan bekalan logistik.
Yang paling menarik ialah antara pegawai Tentera India yang terlibat ialah Lt. Muhammad Zia-ul-Haq yang kemudiannya menjadi Presiden Pakistan (1978-1988). Beliau terkorban dalam nahas kapalterbang pada 17 Ogos 1988.
Plaza Tol Teluk Panglima Garang,yang sering menjadi tempat saya berhenti sebentar untuk menunaikan hajat ketika dalam perjalanan ke Kolej Komuniti Kuala Langat. Ia adalah sebahagian daripada jaringan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (South Klang Valley Expressway - SKVE).
Bukit Jugra, sebuah destinasi pelancongan dan tapak bersejarah yang terkena di Daerah Kuala Langat, Selangor.
Kelihatan Rumah Api Bukit Jugra yang dibina pada tahun 1976 bagi menggantikan struktur lama era kolonial British.
Disini juga terdapat sebuah istana lama iaitu Istana Bandar juga dikenali Istana Alaeddin atau Istana 40 Bilik. Istana ini dibina pada 1899 di zaman pemerintahan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke-5)/
Kenangan ketika menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada Sepupu isteri saya di Beach Pool Club yang terletak di Gamuda Cove, Persiaran Cove Sentral, Banting, Selangor pada 4 Mac 2023.
HULU LANGAT
Hulu Langat, sebuah daerah di Selangor yang bersempadan dengan daerah Gombak di barat laut, Petaling di sebelah barat, Sepang di sebelah barat daya, Pahang di sebelah timur laut dan Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.
Yayasan Jantung Malaysia telah dijemput untuk menjalani Ujian Saringan Kesihatan di Kolej Komuniti Hulu Langat yang terletak di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Seramai 100 Pelajar dan Pensyarah telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan 27 Februari 2013.
KUALA SELANGOR
Kuala Selangor terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor, dibahagikan kepada 9 mukim, 2 bandar dan 17 pekan.
Selesai program kami di Bestari Jaya pada 2 Mei 2014, kami mengambil kesempatan untuk melawat ke tempat bersejarah di Bukit Malawati.
Foto di atas memaparkan :
- Menara Jam / Replika Rumah Api : landmark utama ke Bukit Malawati.
- Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor : Bangunan asal kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor diubah menjadi muzium yang mempamerkan pelbagai kolek artifak, replika serta kronologi sejarah Kesultanan Selangor.
- Meriam kuno Bukit Malawati: Meriam yang terdapat di Kota Malawati yang menjadi benteng pertahanan Kesultanan Selangor menghadapi Pasukan Tentera Laut Belanda pada tahun 1784.
Kelihatan dalam foto ini Lotong Kelabu (Silvered Leaf Monkey), berbeda dengan Monyet Kera ekor panjang yang agak agresif, Lotong Kelabu ini sangat jinak, renang dan ramah dengan pengunjung. Bayi Lotong Kelabu lahir dengan bulu berwarna oren terang atau emas cerah sebelum perlahan berubah menjadi abu-abu apabila bertambah usianya.
Foto di bawah kanan: Perigi Beracun yang pernah digunakan untuk menyiksa dan menghukum mati para penentang Kerajaan suatu ketika dahulu.
Kelihatan Rumah Api Altingsburg yang dibangunkan oleh British pada 1907 dan dinamai dengan nama Gabenor Jenderal Belanda ketika itu Willem Arnold Alting.
Manakala Batu Hampar yang kelihatan dalam foto ini ialah sebuah batu alas yang digunakan sebagai landasan tempat memancung kepala para pesalah Kerajaan yang dihukum mati.
Disebelah bawah (kiri) Meriam penggawa yang pernah ditemui tenggelam-timbul di perairan Sungai Buloh.
Telaga Tujuh yang pernah digunakan oleh pihak istana dan para hulubalang di benteng pertahanan.
Kelihatan juga Kompleks Makan DiRaja yang menjadi tempat persemadian kaum kerabat diRaja Selangor.
Dibawah sekali (kanan) ialah Menara Tinjau Baitulhilal yang digunakan oleh Para Ahli Falak untuk melihat anak bulan (hilal).
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, masjid utama daerah Kuala Selangor. Manakala foto disebelah kanan ialah Makam Keramat Anak Dara atau Makam Rubiah. Boleh cari maklumat di Internet kisah tragis anak dara bernama Rubiah yang dikatakan hilang tanpa jejak hingga kini.
Hotel Sun Inns di Pasir Penambang, Kuala Selangor dimana kami menginap ketika program Kesihatan di Bestari Jaya, Selangor.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Jun 2026: 4.22 p.m
No comments:
Post a Comment