Pulau Pinang ialah sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, terkenal dengan gelaran "Mutiara Timur" serta ibu kotanya, George Town, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Negeri ini amat popular di peringkat global sebagai syurga makanan, hab sejarah, dan pusat industri teknologi tinggi utama negara.
Antara kenangan saya dengan Pulau Pinang ialah kali pertama menjejak kali di Pulau Pinang pada tahun 1981 apabila kapal KD Ganas, dimana saya bertugas merapat di Jeti Pelabuhan Pulau Pinang.
1990 : PENANG INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW (TLDM)
Ketika berkhidmat dengan KD Lekir (22nd Corvette Squadron), kapal kami terlibat dengan satu upacara besar-besaran bersempena Tahun Melawat Malaysia 1990 iaitu "International Royal Fleet Review" yang julung-julung kali di adakan di Malaysia. Diadakan di Pulau Pinang dari 17 - 21 Mei 1990, disertai sejumlah 59 buah kapal-kapal perang dari 21 Negara antaranya termasuk USA, Britain, Rusia, Australia, N.Zealand, Singapura, Indonesia,Thailand, Brunei, Bangladesh, India dan banyak lagi sekadar menyebut beberapa nama.
Rujukan: Zulheimy Maamor > 1990 : Penang International Royal Fleet Review
2012: BALIK PULAU, PULAU PINANG
Foto kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Kg. Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang pada April 2012.
Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah barat daya Pulau Pinang, Malaysia. Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2012: Kg.Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
Kami menginap di Anggerik Lodging yang terletak di 351, Jalan Pemancar, Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang.
Bertemu 2 sahabat lama ketika di Gelugor iaitu Osman Desa, yang pernah bersama berkhidmat di kapal KD Ganas di Woodlands, Singapura tahun 1981 dan juga Mohd Najib yang pernah berkhidmat bersama di KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak tahun 1983-84.
Jambatan Pulau Pinang, dibuka dengan rasminya pada 3 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada hari itu, Tun Dr.Mahathir memandu kereta nasional pertama negara, Proton Saga, merentasi jambatan sepanjang 13.5 km dengan 8.4 km daripadanya merentasi ruang laut.
2012: AEON SEBERANG PRAI CITY
Kenangan Program "Minggu Jantung Seberang Prai 2012" yang berlansung di AEON Seberang Prai City dari 23-28 November 2012.
Maklumat terkini AEON Seberang Prai City telah ditutup dan diganti dengan AEON Mall Bukit Mertajam.
Sepanjang program, kami menginap di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bukit Mertajam atau "BM" merupakan satu bandar yang terletak di Pulau Pinang, berhampiran dengan Butterworth dan Kulim. Terletak dalam daerah Seberang Perai Tengah.
Bertemu 2 sahabat Skot 139/80 di AEON Seberang Prai City (2012).
2013: SEK.MEN.KEB. BERAPIT, BUKIT MERTAJAM
Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Sek.Men.Keb. Berapit di Bukit Mertajam pada 5-6 Februari 2013.
Rujuk: Zulheimy Maamor> 2013: SMK Berapit, Bukit Mertajam
Sebelum program kami di SMK Berapit, kami menginap di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam. Selesai program kami meneruskan perjalanan ke Taiping dan menginap di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
2014: APARTMENT PERMATA, BANDAR BARU PERDA & SMK PERMATANG RAWA, BKT MERTAJAM
2 program dijalankan iaitu di Apartment Permata di Bandar Baru Perda pada 22 Jun 2014 dan kemudian di S.M.K Permatang Rawa di Bukit Mertajam pada 25 Jun 2014.
Rujuk:
- Zulheimy Maamor > 2014: Apt.Permata, Bandar Baru Perda, Bkt Mertajam
- Zulheimy Maamor > 2014: SMK Permatang Rawa, Bkt Mertajam
Program Kesihatan di SMK Permatang Rawa, Bkt Mertajam
Hotel dimana kami menginap
2014: AEON MALL BUKIT MERTAJAM
Program "Minggu Jantung Bukit Mertajam 2014" berlansung di AEON Mall Bukit Mertajam dari 21-24 Ogos 2014. AEON Mall ini yang terletak di Jalan Rozhan, Bukit Mertajam dibuka pada 4 Jun 2014 bagi menggantikan AEON Seberang Prai City di Bandar Perda.
Hotel Seri Pauh dimana kami menginap sepanjang program.
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 24 km, menghubungkan Bandar Cassia (Batu Kawan) di Seberang Perai dengan Batu Maung di bahagian Pulau. Ianya dibuka kepada awam pada 1 Mac 2014.
2015: SMK PERMATANG RAWA, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 3 Mac 2015.
Bangunan ini meningatkan aku pada tahun 1981, ketika bertugas di Kapal TLDM KD Ganas, ketika kapal berlabuh di Pulau Pinang, aku pernah pergi ke Pejabat ini untuk mengambil Kawat (Signal) di Pejabat Semboyan, RNO Penang.
Antara pengkalan TLDM yang berada di Pulau Pinang disamping TLDM Sg. Nyior dan KD Sri Pinang.
2015: GREAT EASTERN COLOUR RUN, PADANG KOTA LAMA
The Great Eastern Colour My Heart Run 2015 berlansung di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang pada 19 April 2015 melibatkan Yayasan Jantung Malaysia.
Pasar Chowrasta yang terkenal di Pulau Pinang telah dibina oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1890. Namun pasar lama telah dimusnahkan dan diganti bangunan baru pada tahun 1961.
Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang berhadapan Pasar Chowrasta
Kami menginap di Old Penang Hotel di George Town, Pulau Pinang.
Gerai menjual Putumayam dan Putu Bambu terletak tidak jauh dari Old Penang Hotel.
Feri Ikonik Pulau Pinang pada 2015, yang kini telah digantikan dengan Armada Baharu Feri pada Ogos 2023.
Rujuk : Harian Metro: Spektrum: Feri Pulau Pinang
2015: KOLEJ PTPL PULAU PINANG
Kenangan semasa Program Kesedaran Penyakit Jantung di Kolej PTPL Pulau Pinang anjuran Yayasan Jantung Malaysia pada 28 Julai 2015.
2015: INTEL TECHNOLOGY SDN BHD, BAYAN LEPAS, P.PINANG
Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Intel Technology Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 29 Julai 2015.
Selesai Program di Intel Technology, kami bergegas ke Yayasan Buahpinggang Kebangsaan untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Bayan Lepas.
Ketika menunggu untuk menjemput salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Puan Hjh Ainon Kuntum yang akan tiba di Lapang Terbang Bayan Lepas.
Fort Cornwallis sebuah kubu pertahanan kolonial British yang terletak di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang yang masih berdiri teguh. Dibina pada 1786 oleh Kapten Francis Light.
Koleksi kenangan peribadi suasana di Padang Kota Lama pada 28 Julai 2015. Kompleks Makanan Medan Renong (Astaka) yang terkenal dengan Pasembur dan lain-lain hidangan.
Nasi Kandar Beratur yang paling legenda dan ikonik di George Town, Pulau Pinang. Nasi Kandar Beratur Original (Restoran Liyaqat Ali) sudah beroperasi sejak 1943 lagi. Terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dibuka pada pukul 10.00 malam.
2016: BUBBLE DASH RUN, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Program "Bubble Dash Run 2016" yang berlansung di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 25 September 2016 berhampiran Queensbay Mall.
Kami menginap di Apple 1 Hotel di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
2017: APARTMENT PERMATA, BANDAR BARU PERDA
Program Hari Keluarga 2017 disertai oleh Yayasan Jantung Malaysia di Apartment Permata pada 9 April 2017.
BG Business Hotel di Jalan Perniagaan Perda Barat di mana kami menginap
Selesai Program di Apartment Permata, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Bukit Bendera kerana ini adalah antara keinginan saya kerana telah berpuluh-puluh kali sampai Pulau Pinang, tapi tak pernah merasa naik ke Bukit Bendera.
Bukit Bendera atau dalam bahasa Inggerisnya "Penang Hill" adalah merupakan sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di Pulau Pinang.
Terletak di Air Itam, 6 kilometer dari bandar Georgetown, mempunyai ketinggian 833 meter (2,733 kaki) dari paras laut. Dibina pada tahun 1788 oleh Kerajaan British sebagai lokasi istirehat Pegawai-Pegawai British semasa cuaca panas.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2017 - Bukit Bendera, Pulau Pinang
Gambar kolaj ini memaparkan empat lokasi bersejarah dan mercu tanda ikonik yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap foto tersebut:
1. 99 Door Mansion (Banglo 99 Pintu)
- Lokasi: Terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit (dahulunya ladang getah dan tebu Byram Estate) di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
- Latar Belakang: Bangunan kolonial dua tingkat ini dibina sekitar tahun 1840-an atau 1880-an oleh keluarga Ramsden, iaitu pengusaha ladang British yang kaya-raya.
- Keunikan & Misteri: Ia digelar "99 Pintu" kerana susunan reka bentuk biliknya yang mempunyai tingkap dan pintu yang sangat banyak (setiap bilik mempunyai sekitar 5 hingga 6 pintu). Pada tahun 1928, pemiliknya, John St. Maur Ramsden, telah mati ditembak di tangga rumah ini dalam satu kes pembunuhan yang kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan sehingga kini. Rumah agam ini pernah menjadi kubu tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dan kini dibiarkan usang serta terkenal sebagai salah satu lokasi paling berhantu di Malaysia.
- Lokasi: Jalan Sultan Ahmad Shah (dahulunya Northam Road), George Town.
- Latar Belakang: Bangunan ini asalnya merupakan sebuah rumah agam mewah setinggi lima tingkat yang dibina pada tahun 1880-an oleh usahawan Hokkien terkemuka, Cheah Tek Soon, dan dikenali sebagai Goh Chan Lau (Vila Lima Tingkat).
- Sejarah Fungsi: Bangunan ini bertukar fungsi berkali-kali; ia pernah menjadi Konsulat China, hotel, sekolah perempuan (Pi Joo Girls' School), dan beralih sepenuhnya menjadi Sekolah Cawangan Shih Chung dari tahun 1938 sehingga dikosongkan pada tahun 1994. Semasa Perang Dunia Kedua, ia dirampas oleh pihak tentera Jepun untuk dijadikan pusat pentadbiran militer. Akibat kerosakan perang, struktur tingkat atasnya terpaksa dirobohkan, meninggalkan bangunan yang kini kelihatan usang dengan kesan sejarah yang mendalam.
- Lokasi: Sebuah bandar utama dan pusat pentadbiran bagi daerah Seberang Perai Tengah.
- Visual: Foto memaparkan pemandangan landskap bandar lama Bukit Mertajam berlatarbelakangkan Bukit Mertajam (Cherok Tok Kun) yang menjadi mercu tanda geografi terbesar di kawasan tersebut. Kawasan ini kaya dengan warisan sosioekonomi hasil daripada perkembangan stesen kereta api bersejarah dan aktiviti perdagangan lama.
- Lokasi: Terletak di Jalan Penang, George Town.
- Latar Belakang: Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran utama bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat kontinjen negeri Pulau Pinang. Struktur bangunan hadapannya mempamerkan seni bina kolonial rasmi yang terpelihara dengan baik, melambangkan sejarah sistem kepolisan moden awal negara yang bermula sejak zaman Francis Light mendarat di pulau tersebut. Di bahagian dinding atas bangunan, tertulis tahun penubuhan rasmi atau struktur pentingnya.
Hj Zulheimy Maamor
7 Jun 2026: 2.20 p.m





No comments:
Post a Comment