Venue: Kg Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor
Tarikh : 15.2. 2014
BESTARI JAYA, SELANGOR
Tarikh : 15.2. 2014
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bestari Jaya
Program Komuniti kali ini di adakan di Dewan Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dengan kerjasama Ketua Kampung dan JKKK dan juga bantuan tenaga jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan Klinik Kesihatan Bestari Jaya.
Bestari Jaya, dahulunya adalah dikenali sebagai Batang Berjuntai adalah merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Selangor.
Dipercayai nama Batang Berjuntai berasal dari nama sebuah pokok yang hampir tumbang dan dan berjuntai. Orang Melayu yang membuat penempatan di situ telah menamakan tempat itu Batang Berjuntai.
Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada "Bestari Jaya". Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh. Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.
Sepanjang program kami telah menetap di Homestay Al-Hanah yang terletak di Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya.
Homestay Al-Hanah
Lot 6472 45600
Jalan Waja Kanan
Kampung Jaya Setia
45000 Bestari Jaya
Selangor
Tel:
Homestay Al-Hanah
Lot 6472 45600
Jalan Waja Kanan
Kampung Jaya Setia
45000 Bestari Jaya
Selangor
Tel:
Zulheimy Bin Maamor
Awareness Coordinator
Yayasan Jantung Malaysia
23.3.2014
2 comments:
Salam.boleh bagi no fon homestay Al Hanah ni?
Salam. Boleh bagi no fon homestay Al Hanah ni?
Post a Comment