BATU CAVES
Batu Caves ialah sebuah bukit batu kapur ikonik yang menempatkan kompleks kuil Hindu yang sangat popular di Malaysia. Terletak di Daerah Gombak, Selangor (kira-kira 13 kilometer ke utara pusat bandar Kuala Lumpur), tapak suci berusia jutaan tahun ini menjadi tumpuan pelancong global serta pusat tumpuan penganut Hindu Tamil terutamanya semasa perayaan Thaipusam.
Batu Caves mula diperkenalkan sebagai pusat ibadat Hindu oleh seorang pemimpin komuniti India, K.Thamboosamy Pillay sejak 1891.
ALLOY MTD, BATU CAVES
Kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Alloy MTD di Batu Caves pada 1 Jun 2016 & 21 November 2017.
Terletak di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor mudah dilihat jika melalui Lebuhraya LingkaranTengah 2 (MRR2) atau Jalan Kuching.
Kini bangunan tersebut dikenali sebagai Menara AFA.
1. 1 Jun 2016: Alloy MTD Groups
2. 21 November 2017: Alloy MTD Groups
Menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada sahabat wife saya di Sungai Tua, Selayang, Batu Caves 9 Ogos 2020.
GOMBAK
Gombak, sebuah daerah yang terletak di bahagian timur negeri Selangor, daerah kelima paling ramai penduduk. Terletak dibawah pentadbiran Bandar Baru Selayang.
Foto ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Dewan Kelab Warga Emas di Gombak Setia pada 19 Januari 2013.
Foto di UIA Gombak dan Klinik Pergigian Gombak Setia
Urusan Harta Pusaka di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak
Mutiara Gombak 2 terletak di kawasan Batu 7, Jalan Gombak merupakan kawasan perumahan elit jenis pegangan bebas (freehold) yang dikawal selia dengan sistem keselamatan 24 jam.
RAWANG
Rawang sebuah bandar yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Rawang adalah merupakan salah satu daripada bandar satelit Kuala Lumpur yang terawal.
Selepas 1974, selepas pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor, Mukim Rawang dipindahkan dari Hulu Selangor ke Gombak.
Menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program & Events di Templer Park Golf Resort pada 26 Mac 2005 ketika bekerja di The Institution of Engineers, Malaysia.
Foto ketika program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Dewan BCHRA di Bandar Country Homes, Rawang pada 4-5 Ogos 2012 anjuran Yayasan Jantung Malaysia.
Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang dirasmi oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 8 Julai 2011. Saya dan rakan sekerja pernah singgah solat di Masjid ini dalam perjalanan pulang
Majlis perkahwian anak sahabat ex-Navy di Bukit Beruntung Golf Resort pada 31.5.2014.
Sebahagian dari Foto-foto kenangan di Rawang
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
17 Jun 2026: 4.02 p.m
No comments:
Post a Comment