Tuesday, 9 June 2026

FOTO KENANGAN: SARAWAK

Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang ialah wilayah terbesar di Malaysia yang terletak di Pulau Borneo. Terkenal di seluruh dunia kerana kekayaan budaya etniknya, keindahan alam semula jadi hutan hujan tropika tertua, serta keunikan sejarahnya yang tersendiri .

Sarawak tidak asing bagi saya kerana saya pernah berkhidmat di KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak dari 1983-1984. 
Segala foto kenangan saya di KD Sri Rejang boleh klik pada link di bawah.
Rujuk: Zulheimy Maamor : 1983/84: KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak


1990: KD LEKIR - BINTULU
Foto ketika kapal KD Lekir dimana saya berkhidmat berlabuh di Pelabuhan Bintulu pada tahun 1990. 
Rujuk: Zulheimy Maamor > 1989-1991: KD Lekir


2012: BINTULU, SARAWAK
Setelah beberapa tahun meninggalkan bumi Sarawak, akhir dapat juga saya kembali ke Bumi Kenyalang pada tahun 2012.
Foto kenangan semasa program "Minggu Jantung Bintulu 2012" yang berlansung di Park City Mall, Bintulu, Sarawak dari 18-20 Mei 2012. 




Park City Mall Bintulu dibuka pada tahun 2007 dan terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu, Sarawa, merupakan kompleks membeli belah terbesar di daerah Bintulu, Sarawak. 


Bintulu merupakan bahagian Ketiga terbesar di Sarawak. Terletak 650 km dari Kuching dan 215 km dari Sibu atau Miri. 




Pasar Tamu Bintulu yang terletak di Jalan Main Bazaar, Shahida Commercial Centre, Pusat Bandar Bintulu adalah mercu tanda paling ikonik dan pusat tumpuan ekonomi masyarakat setempat di Bintulu. 


Sek.Keb. St. Anthony Bintulu di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu dimana anak saudara saya Cikgu Intan Ernany mengajar ketika itu. Saya berkesempatan bertemu anak saudara saya ketika program Kesihatan di Park City Mall dimana beliau turut hadir membuat pemeriksaan Kesihatan. 


Malam hari pertama saya tiba, anak saudara saya Cikgu Intan Ernany yang mengajar di S.K St.Anthony di Bintulu belanja saya makan di Restoran Seribu Bintang di Jalan Kampung Baru.
Maklumat terkini sehingga 2026, restoran ini telah berpindah ke premis baharu yang lebih moden. 




Hotel Glory Inn (kini dikenali OYO 90240 Glory Inn) dimana saya dan rakan-rakan sekerja menginap sepanjang program di Bintulu, terletak berhampiran Park City Mall, jadi mudahlah kami nak berulang alik dari hotel ke Park City Mall. 


Bangunan Airport Lama tahun 1983/84. Maklumat terkini di Google AI bangunan ini telah dirobohkan untuk pembinaan terminal baru yang siap pada 2006. 


Tugu Keluarga Kuching, salah satu mercu tanda paling ikonik di Kuching, Sarawak. Terletak di kawasan Segitiga Emas Kuching, berhampiran Grand Margherita Hotel dan Kuching Waterfront. 


Sylvia Fort yang terletak ditebing sungai Rajang di bandar Kapit, Sarawak. Saya selalu melihat kubu ini ketika menyusuri Sungai Rajang di Kapit ketika dalam tugas rondaan sekitar 1983-84 dulu. Dibina pada tahun 1880 didirikan semasa era Rajah Charles Brooke. Nama kubu ini adalah bersempena nama Rani Sylvia Brooke, isteri Rajah Charles Vyner Brooke

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,K.L
9 Jun 2026: 2.37 p.m

No comments: