Sunday, 7 June 2026

FOTO KENANGAN : PERLIS

Perlis, satu-satunya negeri di Malaysia yang hanya dapat aku berpijak di buminya pada tahun 2017. Sebelum itu Perlis adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang aku tak pernah sampai..

Syukur Alhamdulillah, ternyata dengan berpijaknya tapak kaki ini di bumi Perlis, maka genaplah satu Malaysia telah saya jejaki, dari Perlis hinggalah ke Sabah.

2017 : KANGAR DAN ARAU
Setelah program Kesedaran Penyakit Jantung di MSU College, Sungai Petani, Kedah, saya dan rakan-rakan meneruskan perjalanan kami ke Kangar, Perlis. 
Saat memasuki bumi Perlis, saya amat teruja kerana dengan ini habislah sudah satu Malaysia telah saya jejaki, dari Perlis hinggalah Ke Sabah. 
Kami pertama di bumi Perlis, saya dan rakan-rakan menginap di Federal Hotel, di Kampung Tok Peduka, Kangar, Perlis. 



Federal Hotel, Kangar, Perlis, sebuah hotel bajet bertarat 1-bintang terletak strategik di pusat bandar Kangar, Perlis. Hotel ini terletak dibelakang sebuah Restoran Mamak, jadi tentang makan tidak ada masalah, cuma jalan kaki sahaja di sebelah hotel. 


Paling teruja rasa bila rakan satu skot yang menetap di Kangar datang mencari aku di hotel iaitu Musib Senawi. Kami sama-sama menjalani latihan rekrut di Lumut, Perak tahun 1981. 
*** Sedihnya Musib kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas pertemuan ini... AL Fatihah.....

KOLEJ KOMUNITI ARAU
Program Kesedaran Penyakit Jantung di adakan di Kolej Komuniti Arau di Perlis pada 16 Februari 2017. 



KG. GUAR LEPAI, ARAU
Program Kesedaran Penyakit Jantung di adakan di Dewan Orangramai di Kg. Guar Lepai yang terletak di Arau, Perlis pada 18 Februari 2017. 





Minum petang dan santai-santai di Jeti Kuala Perlis bersama rakan-rakan selesai program di Kolej Komuniti Arau. Ianya merupakan pintu masuk utama melalui laluan laut untuk ke Pulau Langkawi. Kelihatan foto dibawah sekali ialah Masjid Al-Hussain iaitu Masjid terapung di Kuala Perlis. 


Pemandangan ikonik di Jalan Chuping - Padang Besar di Perlis. Mercu tanda yang tersergam indah iaitu Bukit Chabang, sebuah bukit batu kapur berkembar yang sangat terkenal di Perlis. 




Padang Besar adalah bandar sempadan antara Malaysia dan Thailand yang menjadi syurga membeli-belah. 
Arked Niaga Padang Besar, pusat jualan tertua dan terbesar yang menawarkan pelbagai barangan dari Thailand seperti pakaian, toto, makanan ringan dan cenderamata. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
7 Jun 2026: 7.47 p.m

No comments: