Tahukah anda asal usul Nata de Coco?
Nata de Coco berasal dari Negara Filipina pada tahun 1949 oleh seorang ahli Sains wanita bernama Teodula Kalaw Africa. Nama "Nata de Coco" berasal dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud "Krim Kelapa" atau "susu kelapa yang memadat".
Namun, di Malaysia, produk Nata de Coco buatan Malaysia diusahakan oleh Nandong Food Industries Sdn Bhd yang diusahakan oleh bumiputera, En. Masduki bin Hj Mohfot, sejak 1998. Walaupun bagaimanapun penciptaan asal menu jeli kelapa itu berasal dari Filipina. Pusat memproses Nata de Coco terletak di Lot 3452, Jalan Besar, Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Ia merupakan salah satu destinasi kunjungan popular bagi pelancong yang ingin membeli produk berasaskan kelapa secara terus dari kilang.
Kilang ini merupakan antara pengeluar produk bumiputera yang memanfaatkan lambakan hasil kelapa di daerah Sabak Bernam. Nata de coco dihasilkan melalui proses penapaian air kelapa menggunakan bakteria baik bagi menghasilkan tekstur kenyal seperti jeli yang kaya dengan serat makanan.
Nandong Global Food Industries, sebuah pengeluar dan pembekal produk makanan tempatan bumiputera yang terkenal.
Premis ini terkenal dengan pengeluaran Nata de Coco berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa. Antara peris yang ditawarkan termasuklah laici, mangga, anggur,epal, strawberi dan perisa nenas.
Selain Nata De Coco, syarikat ini turut menghasilkan minyak kelapa dara (VCO) asli serta menjalankan aktiviti bakeri.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
17 Jun 2026: 9.32 p.m
No comments:
Post a Comment