Lanchang ialah sebuah pekan kecil yang terletak di antara bandar Karak dan Mentakab di negeri Pahang. Tarikan utama yang terdapat di Lanchang ialah Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah dan 'Deer Land Park' di Bukit Rengit.
Di Lanchang juga sebuah tempat bersejarah yang dikenali sebagai Lubuk Terua, kerana di sinilah terlakarnya sejarah pertempuran Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang penjajahan British di Pahang.
Sepanjang bertugas dengan Yayasan Jantung Malaysia, aku berkesempatan mengunjungi Lanchang, Pahang semasa menjalankan Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti 2014 di Kg Bolok Hulu Sokmik di Lanchang, Pahang pada 3 Mei 2014.
Sepanjang bertugas dengan Yayasan Jantung Malaysia, aku berkesempatan mengunjungi Lanchang, Pahang semasa menjalankan Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti 2014 di Kg Bolok Hulu Sokmik di Lanchang, Pahang pada 3 Mei 2014.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2014: Kg. Bolok Hulu, Lanchang, Pahang
2014: KG. BOLOK HULU, LANCHANG
Program Komuniti yang dijalankan di Kg. Bolok Hulu Sokmik pada 11 Mei 2014. Sebuah perkampungan tradisional di daerah Lanchang, Pahang kira-kira 67 km dari Kuala Lumpur.
Bukit Rengit terletak di daerah Lanchang, Pahang lebih kurang 1 jam 45 minit memandu dari Kuala Lumpur (49.9 km dari Temerloh, Pahang).
Villa Rengit dimana kami menginap ketika program
Institut Biodiversity, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Bukit Rengit adalah institusi pendidikan dan penyelidikan mengenai kepentingan untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar di kawasan hutan simpan kekal di seluruh negara. Ditubuhkan pada 1979, bertempat di Taman Negara ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan mencintai alam sekitar.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah terletak 15 km dari Pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.
Gajah-Gajah liar yang ditangkap akan dihantar ke pusat konservasi ini untuk dilindungi dan dilatih. Gajah-gajah ini kemudiannya akan ditempatkan semula di kawasan-kawasan perlindungan seperti di Taman Negara, Pahang.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2014: Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
Pekan Lanchang di Pahang
2015: FELDA LAKUM
FELDA Lakum terletak di Mukim Semantan, Daerah Temerloh. Nama FELDA Lakum diambil sempena nama sejenis pokok hutan yang terdapat didalam hutan Simpang Lakum. FELDA Lakum berjiran dengan FELDA Bukit Damar dan FELDA Mempaga.
Yayasan Jantung Malaysia pernah mengadakan program Kesedaran Penyakit Jantung di FELDA Lakum pada 17 Mei 2015.
Homestay dimana kami menginap ketika program
LAIN-LAIN DESTINASI DI PAHANG
Antara destinasi lain di Pahang dimana saya pernah lalui suatu ketika dahulu.
Pulau Tioman antara destinasi rehat ketika bertugas di Kapal Peronda KD Panah tahun 1987.
Kuala Lipis sebuah bandar bersejarah terletak di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Kuala Lipis pernah menjadi ibu negeri Pahang yang pertama dari tahun 1898 hingga 1955, apabila kemudian ibu negeri dipindahkan ke Kuantan, Pahang.
Lebuhraya Pantai Timur antara Lebuhraya yang sering menjadi laluan saya dan rakan-rakan sekerja apabila ada program di sebelah Pantai Timur.
Foto Kenangan antara laluan yang pernah saya lalui dahulu
Hj Zulheimy Maamor
5 Jun 2026: 3.00 p.m



















No comments:
Post a Comment