AMPANG
Ampang & Hulu Kelang merupakan dua kawasan utama yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di negeri Selangor, bersempadan terus dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua kawasan ini mempunyai sejarah yang kaya, bermula sebagai petempatan perlombongan bijih timah dan kini telah berkembang menjadi bandar moden serta hab kediaman yang padat.
Rujukan: Zulheimy Maamor > 2016: Selangor : Batu Caves, Ampang dan Shah Alam
2015: KOLEJ PTPL AMPANG
Foto kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung dilansungkan di Kolej PTPL Ampang (sekarang MSU College Ampang) pada 5 Ogos 2015.
Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia yang kini telah dijenamakan semula sebagai MSU College.
Ditubuhkan pada 1996, Kolej PTPL secara rasminya dikenali sebagai MSU College bermula 1 September 2016.
Institusi ini merupakan perintis kepada penubuhan Management & Science University (MSU) dan berperanan sebagai kolej bersekutu yang menyediakan laluan pendidikan ke peringkat ijazah.
2016: KG AMPANG CAMPURAN
Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di Kampung Ampang Campuran pada 20 November 2016.

HULU KELANG
Hulu Kelang terletak di daerah Gombak, Selangor bersempadan secara lansung denga timur laut Kuala Lumpur. Antara kawasan dalam daerah Hulu Kelang ialah Taman Permata, Taman Melawati, Bukit Antarabangsa, Keramat, Ukay Perdana dsbnya.
Saya salah seorang permastautin kawasan Hulu Kelang sejak tahun 1979 lagi.
2013 & 2015: CONSIST TRAINING CENTRE SDN BHD
Ketika bekerja di Yayasan Jantung Malaysia, saya telah 2 kali mengikuti program Kesedaran Penyakit Jantung di Consist Training Centre Sdn Bhd iaitu pada 2013 & 2015.
Rujukan:
Consist College sebuah institusi pengajian tinggi swasta terletak di Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor.Terkenal sebagai pakar dalam latihan serta pendidikan bagi bidang keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).
Majlis kesyukuran kemenangan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang di Kawasan Parking sebelah Caltex Pusat Bandar Taman Melawati pada 18 Mei 2013. Hadir ialah MP Gombak Ketika itu YB Mohamed Azmin Ali dan Ahli DUN Hulu Kelang YB Saari Sungib.
Program Keagamaan yang berlansung di Masjid Al Ridhuan pada 9 Mei dan 29 Mei 2013.
FOTO KENANGAN DI HULU KELANG
Antara foto-foto kenangan di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, yang memang tidak asing bagi saya kerana saya tinggal berdekatan dengan Taman Melawati.
YB Saari Sungib di satu Majlis di Taman Melawati pada 24 Mei 2014.
Antara premis yang beberapa kali saya dan rakan-rakan membuat Program Kesedaran Penyakit Jantung ialah di Malaysian Institute of Art yang terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang Selangor.
Program Majlis Ilmu berlansung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati pada 26 Disember 2014. Antara penceramah undangan ialah Ustaz Mohd Erfino Johari, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Mohamed Hanafi A Malek.
Jeram Kubang Gajah juga dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane, sebuah destinasi alam semula jadi popular terletak di Kg. Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.
Air terjun ini mendapat gelaran uniknya selepas pelakon Sofea Jane melakonkan sebuah babak ikonik di lokasi ini dalam filem romantis "Cinta Kita" pada tahun 1995.
Masjid Al-Ridhuan di Hulu Kelang dan Lemang Kemensah yang sangat popular di kawasan Hulu Kelang. Milik sepupu kepada isteri saya, perusahaan lemang ini adalah perusahaan turun temurun dari ayah kepada anak lelaki.
Majlis perhimpunan Keluarga sebelah isteri, saya pun tidak ingat majlis apakah ini. Celi Chalet & ATC Services adalah Calet yang diusahakan oleh sepupu kepada isteri saya, yang juga adik kepada pengusaha Lemang Kemensah. Calet ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti aktiviti ATV, Tapak perkhemahan, gazebo/pondok rekreasi dsbnya.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
13 Jun 2026: 8.20 p.m
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment