Sabah, Negeri di bawah Bayu, wilayah kedua terbesar di Malaysia terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo. Mempunyai keluasan sekitar 72,500 km persegi dikelilingi oleh 3 laut utama iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu.
Sabah sudah tidak asing bagi saya kerana ketika berkhidmat dengan Tentera Laut dahulu, kapal-kapal dimana saya pernah berkhidmat sering singgah di pelabuhan-pelabuhan di Sabah.
Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) antara kawasan yang sering menjadi lokasi rondaan ketika berkhidmat dengan Tentera Laut dahulu. Ianya sebuah atol atau pulau karang berbentuk bujur terletak di Laut China Selatan, kira-kira 300 km dari Kota Kinabalu, Sabah, dan merupakan sebahagian dari Kepulauan Spratly.
Rujuk: Zulheimy Maamor> Down Memory Lane: KD Raja Jarom & The Swallow Reef (1982)1997: KOTA KINABALU, SABAH
Kota Kinabalu, dahulunya dikenali dengan nama Jesselton,ialah ibunegeri Sabah. Ia merupakan pintu masuk utama ke Pulau Borneo dan destinasi pelancongan antarabangsa yang popular.
Antara foto-foto kenangan ketika saya dan keluarga berkunjung ke rumah Abang Sulong saya yang ketika itu bekerja dengan Sime Bank Kota Kinabalu.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 1997: Percutian Keluarga ke Kota Kinabalu, Sabah
Rumah dimana abang saya menetap ialah di Graceville, Kota Kinabalu, lebih kurang 6.5 km dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Graceville sebuah Townhouse yang terletak di Sembulan, Kota Kinabalu terkenal sebagai kawasan kediaman yang tenang dengan kemudahan kolam renang yang ikonik.
Tidak jauh dari rumah abang saya ini, terdapat sebuah tugu peringatan iaitu Tugu Peringatan Double Six, sebuah memorial untuk mengingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri Pertama Sabah, Allahyarham Tun Fuad Stephen beserta 6 menteri Sabah.
Pada hari pertama Abang Sulong kami membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Kota Kinabalu.
Antara yang kami lawati ialah Pusat Warisan Tumbuhan Sabah, Pusat Kraftangan Sabah, Pasar Filipina, Muzium Sabah dan banyak lagi.
Pantai Tanjung Aru, kira-kira 6 km dari Kota Kinabalu, adalah salah satu destinasi pantai yang paling terkenal di Malaysia, juga terkenal di seluruh dunia kerana menawarkan pemandangan matahari terbenam (Sunset) yang paling menakjubkan.
KUNDASANG, SABAH
Kenangan paling indah ialah bermalam di TM Resort di Kundasang, Sabah. Terletak lebih kurang 6 km dari Taman Kinabalu, milik TM Net ini membolehkan kita melihat puncak Gunung Kinabalu dari bilik penginapan kita.
Pekan Kundasang, Sabah yang merupakan kawasan tanah tinggi terkenal di kaki Gunung Kinabalu.
Pekan Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan untuk pengunjung yang dalam perjalanan ke Taman Kinabalu. Ia menjadi persinggahan terkenal di kalangan para pelancongan kerana terdapat pelbagai barang cenderahati dan makanan yang boleh didapati disini setelah penat memandu dari Kota Kinabalu. Pelancongan menjadi sumber pendapatan terpenting bagi penduduk Pekan Nabalu.
Memori yang sangat berharga merakamkan TM Resort di Kundasang (juga dikenali sebagai Sri Intan Resort), dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM).
Status terkini (2026), saya perolehi resort ini telah di tutup sekitar 2021.
Dibina pada tahun 1962, rekaan arkitek tempatan J.C.Robinson, bagi memperingati 2,428 tentera Bersekutu (1,787 dari Australia dan 641 British) yang terkorban sebagai tawanan perang Tentera Jepun dalam tragedi kejam "Sandakan Death March" pada tahun 1945.
Jambatan Ai Panas Poring atau Jambatan Gantung Kanopi salah satu tarikan paling ikonik dan mencabar adrenalin yang terletak di dalam kawasan Taman Air Panas Poring di Ranau, Sabah.
Jambatan ini dibina pada ketinggian 41 meter di atas tanah dan merentasi kanopi hutan hujan Tropika sepanjang 157.8 meter.
Pondok Timpohon (Timpohon Gate), iaitu pintu gerbang utama dan titik permulaan rasmi untuk mendaki Gunung Kinabalu di Ranau, Sabah, Malaysia.
Sepanjang beberapa dekad, pusat pemeriksaan penting ini telah berubah daripada sebuah pondok kayu ringkas di kawasan pergunungan menjadi sebuah pintu masuk moden bertaraf dunia bagi menampung ribuan pendaki dari dalam dan luar negara.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,K.L
8 Jun 2026: 3.39 p.m
.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment