BENTONG
Bentong sebuah daerah yang terletak di barat Negeri Pahang, terletak kira-kira 80 km dari Kuala Lumpur. Bersempadan dengan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, antara hub pelancongan paling popular di Malaysia. Bentong juga terkenal dengan Durian Musang King.
1998: SELESA HILL HOMES
Kenangan bercuti bersama setaf CJ Management Consultants di Selesa Hill Homes pada 18 Julai 1998. Dalam perjalanan ke Selesa Hill Homes, kami singgah berkelah di Hutan Lipur Lentang, sebuah hutan simpanan di Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak kira-kira 12 km dari Bentong, Pahang.
Hutan Lipur Lentang (kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba Lentang) merupakan sebuah destinasi rekreasi alam semulajadi yang sangat popular terletak di Km 52, Lebuhraya Kuala Lumpr - Karak, kira-kira 20 km sebelum sampai ke bandar Bentong, Pahang.
Selesa Hill Homes & Golf Resort terletak di Bukit Tinggi, Pahang lebih kurang 35 minit memandu dari Kuala Lumpur. Sesuai untuk keluarga bersantai di hari cuti untuk melarikan diri dari hiruk pikuk kehidupan di bandaraya.
2012: SMK BENTONG
Kenangan ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung di Sek.Men.Keb. Bentong, yang terletak di Kg. Benus, Bentong, Pahang. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1965, dimana kebanyakan pelajarnya datang dari Kg. Benus, FELDA Lurah Bilut, FELDA Mempaga, Sertik dan Simpang Pelangai.
Rujuk: Zulheimy Maamor : 2012 - SMK Bentong, Pahang
Kami menginap di Hotel Kristal yang terletak di Jalan Chan Siang Sun, Bentong, Pahang.
DONG, RAUB, PAHANG
Dong ialah sebuah pekan kecil terletak di dalam Daerah Raub, Pahang, Terkenal dengan keindahan alam semulajadi, sangat popular dalam kalangan peminat aktiviti perkhemahan dan pencinta alam.
Ketika dalam perjalanan pulang dari Program di Kota Bharu, Kelantan pada 27 April 2016, kami melalui sebuah sekolah yang pernah meninggalkan kenangan buat diri ku, iaitu SMK Dong yang terletak di Dong, Raub, Pahang. Di sekolah ini arwah Paklang saya, Cikgu Win Bin Yasin pernah menjadi Guru Besar di Sekolah ini pada 1970'an. Saya dan keluarga saya pernah menginap di rumah beliau yang terletak dalam kawasan sekolah ini.
Pekan Hulu Dong selain terkenal dengan Ikan Pating Sangkar, pernah mempunyak sejarah hitam sekitar 90 an dulu. Ia adalah lokasi kes pembunuhan kejam Datuk Mohd Mazlan Idris oleh seorang pengamal perubatan tradisional Mona Fandey, suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Husin pda Julai 1993.
Kami pernah berhenti rehat dalam perjalanan pulang dari program di Kota Bharu, Kelantan, kami singgah makan di Restoran Ikan Patin Sangkar yang terkenal di sini.
Lebuhraya Karak salah satu laluan utama menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dibuka pada 1977, lebuhraya sepanjang 60 km ini mempunyai banyak sejarah hitam yang melibatkan kemalangan ngeri dan menjadi lokasi subur bagi pelbagai kisah misteri dan lagenda bandar (Urban Legend) paling popular di Malaysia.
Lebuhraya ini sering menjadi laluan utama kami untuk program kami di Pantai Timur.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
2 Jun 2026: 3.00 p.m












No comments:
Post a Comment