WP Kuala Lumpur adalah sebuah Wilayah Persekutuan yang terletak dalam negeri Selangor. Butiran mengenai KL dan sejarahnya boleh klik link WP Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur memang tidak asing bagi ku kerana aku dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah Rendah dan Menengah di Kuala Lumpur.
SRJK (INGGERIS) GOMBAK 2, KL (1968-1973)
HIGH SCHOOL SETAPAK, KL (1974-1978)
Menginap di The Mint Hotel pada 30 Mei 2000 ketika persidangan Geosynthetic Asia 2000 (GA 2000) yang berlansung di Palace of The Golden Horses.
The Mint Hotel terletak di Km 8, Lebuhraya KL - Seremban, kini pada 2026 sudah tidak beroperasi lagi dan ditukar kepada Kingston Hotel.
Majlis Makan Malam Tahunan ke-41 Institusi Jurutera Malaysia pada 15 April 2000 yang berlansung di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Hotel ini mula beroperasi pada pertengahan tahun 1996, namun pada 2023, sebahagian West Wing hotel ini dijenamakan semula menjadi hotel Four Points by Sheraton.
Program IEM Jog A Round yang dianjurkan oleh The Institution of Engineers, Malaysia berlansung di Taman Tasik Titiwangsa, K.L pada 26 Mac 2000.
Mandarin Oriental Hotel, sebuah hotel bertaraf 5-bintang terletak bersebelahan dengan Menara Kembar Petronas (KLCC) dibuka secara rasmi pada 1998.
Foto diatas ialah kenangan ketika IEM 42nd Annual Dinner yang berlansung di hotel ini pada 21 April 2001. Tetamu Kehormat pada malam itu ialah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kenangan ketika meraikan Anak-Anak Salindah dan Examo yang berlansung di The Grand Season Hotel, K.L pada 29 September 2002. Salindah dan Examo adalah 2 jenama produk kesihatan formula homeopati dan biokimia diasaskan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Hj Ismail dan pasarkan melalui Era Eda Marketing Sdn Bhd.
Hotel Grand Seasons KL terletak di Jalan Pahang ini pernah memegang rekod rasmi di dalam Malaysian Book of Records sebagai hotel tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 184 meter merangkumi 40 tingkat.
Namun hotel ini telah ditutup sepenuhnya pada 28 Februari 2019 setelah beroperasi lebih 20 tahun. Ketika Pandemik Covid-19, hotel ini dijadikan Rumah Prihatin sebagai pusat sehenti bantuan kebajikan, dapur komuniti serta pusat gelandangan dan vaksinasi.
** Maklumat terkini (June 2026) - hotel ini telah dijenamakan semula sebagai Irama Kuala Lumpur Hotel.
43rd IEM Annual Dinner yang berlansung di Istana Hotel Kuala Lumpur pada 20 April 2002. Hotel yang terletak di persimpangan Jalan Raja Chulan dan Jalan Sultan Ismail ini terkini telah ditutup sejak 1 September 2021 akibat impak Pandemik Covid-19 setelah hampir 30 tahun beroperasi.
Foto Kenangan 11th Asian Pacific Confederation of Chemical Engineering (APCChE) yang berlansung di KL Convention Centre yang terletak di Jalan Pinang, KLCC.
Yang menariknya Persidangan ini berlansung bersamaan dengan tarikh Majlis Resepsi Persandingan antara Dato' Seri Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di premis yang sama. Kami ketika itu di tingkat 3, manakala majlis resepsi itu berlansung di tingkat bawah.
11th Asian Congress on Fluid Mechanics yang berlansung di Berjaya Times Square Hotel pada 21-24 Mei 2006. Menginap di bilik 38-04 (Tingkat 38) amat strategik kerana dari tingkap kamar hotel kami boleh lihat dengan jelas Pudu Jail yang ketika foto ini diambil masih lagi belum dirobohkan.
Kawasan Penjara Pudu yang kini tinggal kenangan sahaja telah berubah menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang mengandungi Pusat beli belah LaLaport BBCC.
Makan Malam bersama Setaf The Institution of Engineers, Malaysia di Restoran Seri Melayu di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2006.
Maklumat terkini (2026) yang saya terima bahawa Restoran ini telahpun ditutup perniagaannya secara kekal .
Foto Kenangan lawatan tapak Institusi Jurutera Malaysia (IEM) ke Tapak Projek SMART Tunnel di Sungai Besi pada 9 Mac 2006 dan tapak Projek di Kg Pandan pada 11 Mei 2006.
Terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) di Kuala Lumpur merupakan terowong dwifungsi pertama di dunia yang dibina untuk mengatasi masalah banjir kilat dan kesesakan lalu lintas.
Terowong ini mula dibuka kepada lalu lintas dan orang ramai pada 14 Mei 2007.
IEM 51st Annual Dinner yang berlansung di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 17 April 2010.
Sime Darby Convention Centre mula dibuka pada Februari 2006. Namun akibat krisis global pada 2020/2021, pusat Konvension ini telah ditutup secara kekal selepas 14 tahun beroperasi.
Walau bagaimanapun, fungsi utama bangunan ini untuk penganjuran acara, perkahwinan, dan mesyuarat tetap diteruskan.
Lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ke kawasan perumahan AU 5D, Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2011 merupakan satu program turun padang untuk mendekati masyarakat setempat.
2 Foto Kenangan di atas:
- SMK Wangsa Maju Seksyen 2 - Kawasan sekolah anak saya sekitar tahun 2011.
- Perlawanan persahabatan Malaysia vs Chelsea di Stadium Bukit Jalil pada 21 Julai 2011.
Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 17-18 April 2012.
Kenangan ketika program "Demi Palestin" anjuran TV Al Hijrah yang berlansung pada 23 Disember 2012 di perkarangan Kompleks Pusat Islam yang juga merupakan ibu pejabat stesen Penyiaran TV Al Hijrah.
Foto kenangan program-program Keagamaan
Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Pejabat JKR Cawangan Arkitek, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2012.
Program Kesedaran Penyakit Jantung berlansung di pejabat Toyo Engineering & Construction Sdn Bhd di Menara Haw Par, Jalan Sultan Ismail pada 12 Julai 2012.
Program Kesihatan di Pejabat MIDA Sentral di Jalan Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 19 Julai 2012.
Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Pejabat YMCA Jalan Brickfields, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2012 & 6 Julai 2013.
Program "Tanyalah Ustaz" anjuran TV 9 di Surau At Taqwa, PPR Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.
Program Meraikan Nazmi Faiz Mansor yang dianjurkan oleh Komuniti Belia AU 5D, Lembah Keramat yang berlansung pada 13 Jun 2012, bersempena kejayaan Pemain Bolasepak Malaysia yang berhijrah ke Eropah menyertai Kelab Divisyen Utama Portugal, SC Beira-Mar. Beliau adalah anak kelahiran sejati Lembah Keramat.
Menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan anak kepada sahabat sama Sekolah Menengah di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8 Disembe 2013.
Program Kesedaran Penyakit Jantung yang dijalankan di Dewan Kelab Warga Emas di Gombak Setia, Kuala Lumpur pada 19 Januari 2013.
Rujuk: 2013: Gombak Setia, K.L
Krisis Jerebu Asia Tenggara pada Jun 2023 merupakan salah satu episod pencemaran udara yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Foto diatas menunjukkan keadaan penglihatan yang sangat kabur dan terhad di Lebuhraya MRR2 di Kuala Lumpur pada 24 Jun 2013.
Masjid Al-Imam At-Tirmizi dan kawasan persekitarannya di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, K.L. Masjid ini dibina pada 2005 dan diuruskan dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam WP (JAWI).
Foto Kenangan :
1. SMK Wangsa Maju Seksyen 5 ketika PRU ke 13.
2. Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor
3. Program Kesihatan di Putra Sunway Hotel pada 14.12.2013
3. Mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi VVIP di World Heart Day di Taman Tasik Titiwangsa pada 2013.
Karnival Mahabbah anjuran Radio IKIM di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju pada 31 Disember 2013.
Kenangan di Karnival Semarak Syariah yang berlansung di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 27 April 2013.
Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di MNRB Holdings Berhad di Damansara Heights pada 19-21 March 2013.
Muzium Kesenian Islam Malaysia terletak di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur merupakan muzium kesenian Islam yang terbesar di rantau Asia Tenggara.
Koleksi foto yang merakamkan suasana sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlansung dari 26 April - 5 Mei 2013 di Putra World Trade Centre.
Program Kesedaran Penyakit Jantung berlansung di Putra Sunway Hotel di Kuala Lumpur pada 14 Disember 2013.
Menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada rakan sekolah Menengah di Dewan Serbaguna Taman Melati, Kuala Lumpur pada 22 Disember 2013.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
23 Jun 2026: 6.40 p.m
No comments:
Post a Comment