Tuesday, 21 August 2018

2018 - GM KLANG

PROGRAM : MINI HEARTWEEK 2018
TEMPAT : GM KLANG, SELANGOR
TARIKH : 17 - 19 OGOS 2018

Pada 17 Ogos 2018, kami dari Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bertolak ke GM Klang yang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanaic Capital, Klang untuk program Kesihatan Jantung yang akan berlansung dari 17 - 19 Ogos 2018. 


Perjalanan dari Pejabat Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak ke GM Klang adalah sejauh 48 km dan mengambil masa perjalanan hanya 46 minit. 

GM Klang adalah sebuah kompleks Perniagaan Borong yang terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Botanic, sebuah bandar perniagaan terbaru di Selatan Klang. Disini ia menawarkan pelbagai produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, fesyen, tekstil, aksesori IT, mainan kanak-kanak dan pelbagai makanan ringan yang dibungkus dan dijual secara borong. 
GM Klang dibuka pada tahun 2009 menjadi pilihan utama rakyat Malaysia mendapatkan produk pembelian secara borong. Terdapat 3 blok perniagaan di GM Klang iaitu Blok A, B dan C.GM Klang adalah dibawah pengurusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd









Klang (dahulunya dikenali sebagai Kelang) adalah Bandar DiRaja Selangor. Bandar Klang pernah menjadi ibu Negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di Barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. 




Sepanjang program dijalankan kami turut dibantu oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang. 








Saya menginap di Ezi Hotel yang terletak hanya dihadapan Kompleks GM Klang. 



EZIHotel
4, Jalan Kasuarina 1
Bandar Botanik
41200 Klang
Selangor
Tel: 03-3325 2200



No comments: