Thursday, 4 June 2026

FOTO KENANGAN: PAHANG > GENTING HIGHLANDS & CAMERON HIGHLANDS

GENTING HIGHLANDS
Genting Highland juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting adalah pusat Peranginan yang terletak di Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar terletak di Pahang dan sebahagian kecil di Negeri Selangor.
Genting dibangunkan oleh mendiang Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Lim Goh Tong (1918 - 2007) pada tahun 1965 dan siap pada Januari 1971. Beliau telah menubuhkan Genting Highland Berhad (Kini Genting Groups) pada 27 April 1965 bersama Allahyarham Mohamed Noah Omar.
Saya bertuah kerana pernah 3 kali menginap di Genting Highland iaitu pada 2001 di Genting View Resort dan pada 2002 ketika ISO Training di Awana Golf and Country Resort Genting Highland dan pada 2007 Di Genting International Convention Centre ketika bekerja dengan The Institution of Engineers Malaysia di Petaling Jaya dari 1999 - 2011.


Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Seminar di Genting View Resort pada 17 & 18 Februari 2001 ketika bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia. 
Genting View Resort merupakan sebuah destinasi peranginan tanah tinggi yang terletak strategik di kawasan tanah tengah (mid-hill) Genting Highlands. Lokasinya yang berada pada ketinggian sekitar 900 meter (3,000 kaki) di atas paras laut menawarkan suasana yang redup, nyaman, serta dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang menghijau.


ISO Training untuk setaf The Institution of Engineers, Malaysia diadakan di Awana Golf and Country Resort di Genting Highlands dari 25-27 Mei 2002. 
Awana Golf & Country Resort kini dikenali sebagai Resorts World Awana, pada tahun 2002 adalah salah satu destinasi resort tanah tinggi dan pusat konvensyen terkemuka di Genting Highlands, Pahang. 


Saya sudah lupa dan tidak pasti program apa yang dijalankan di Genting International Convention Centre pada 11 Mei 2007. Ketika ini saya bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia. 
Genting International Convention Centre pada tahun 2007 merupakan antara pusat konvensyen terbesar dan paling sibuk di Malaysia, berfungsi sebagai hab utama bagi pasaran M.I.C.E (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen, dan Pameran) korporat serta antarabangsa.
Terletak berhampiran dengan First World Hotel & Plaza, yang memegang rekod sebagai hotel terbesar di dunia pada masa itu.

Rujuk: Zulheimy Maamor > 2001 - 2002 : Genting Highlands

CAMERON HIGHLANDS
Tanah Tinggi Cameron (bahasa Inggeris: Cameron Highlands) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.


Saya dan rakan menginap di Hotel BB Inn ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang,Kelantan pada 21 Mac 2018. 




Perumahan Makmur yang terletak di Cameron Jaya di Tanah Rata, 300 meter dari perkampungan Orang Asli. Kami menginap disini ketika program "Go Red for Women" di Kg. Pos Brooke Lama, di Gua Musang, Kelantan



Cameron Highlands dan Genting Highlands merupakan dua destinasi percutian tanah tinggi paling popular di Malaysia, namun kedua-duanya menawarkan pengalaman dan suasana yang sangat berbeza.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
4 Jun 2026: 1.27 p.m

No comments: