TEMERLOH, PAHANG
Temerloh merupakan daerah kedua terbesar di Pahang dan terletak secara strategik di titik tengah Semenanjung Malaysia. Daerah yang terkenal dengan jolokan "Bandar Ikan Patin" ini kaya dengan khazanah alam semula jadi, kebudayaan kampung yang memikat, serta menjadi syurga makanan bagi penggemar hidangan berasaskan tempoyak.
Daerah Temerloh diliputi dua kawasan persekutuan iaitu Temerloh dan Kuala Krau. Daerah ini juga diliputi lima kawasan negeri iaitu Jenderak, Kerdau, Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.
Hentian Rehat Temerloh antara hentian lebuh raya yang paling popular dan ikonik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kerana ianya merupakan satu-satunya R&R di Malaysia yang terkenal dengan jolokan "R&R Ikan Patin".
R&R Temerloh terbahagi kepada 2 lokasi utama:
- R&R Temerloh Arah Timur (Hala ke Kuantan & K.Terengganu)
- R&R Temerloh Arah Barat (Hala ke Kuala Lumpur & Karak)
Ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di McDonald Temerloh
MENTAKAB, PAHANG
Mentakab ialah sebuah bandar dan mukim yang terletak di dalam Daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Bandar ini merupakan salah satu hab pengangkutan, ekonomi, dan kebudayaan yang penting di wilayah tengah Pahang kerana kedudukannya yang strategik. Terletak berhampiran Temerloh, Lanchang, Kampung Tualang, Kampung Gantok, Mengkarak dan Kerdau.
2014: MENTAKAB MALL
"Minggu Jantung Mentakab 2014" yang berlansung di Mentakab Mall dari 7-9 September 2014.
2016: TAMAN SAGA INDAH, MENTAKAB
Program Komuniti yang berlansung di Taman Saga Indah di Mentakab, Pahang pada 13 November 2016 anjuran Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Temerloh.
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2016: Pahang - Gambang, Kuantan, Temerloh dan Mentakab.
Kami menginap di EV World Hotel yang terletak di Jalan Orkid, Kampung Catin, Mentakab, Pahang.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
3 Jun 2026: 2.54 p.m









No comments:
Post a Comment