Tuesday, 9 June 2026

FOTO KENANGAN: SABAH

2013: SURIA SABAH, KOTA KINABALU
Program "Minggu Jantung Kota Kinabalu 2013" berlansung di Suria Sabah Shopping Mall di Kota Kinabalu dari 17 - 22 Ogos 2013.





Suria Sabah Shopping Mall dibuka kepada orang ramai pada 3 Disember 2009. Terletak di tengah-tengah pusat bandar perniagaan Kota Kinabalu berhadapan bangunan Wisma Sabah. 



Kami menginap di Best Western Kinabalu Daya Hotel di Jalan Pantai, Kota Kinabalu. Hanya 350 meter dari Kompleks Suria Sabah. 




Kota Kinabalu atau ringkasnya KK, ibunegeri Sabah, dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. 

  • Telipok, Sabah - salah satu laluan jalan raya utama di kawasan Telipok sebuah perbandaran kecil yang terletak di bawah kawasan pinggir bandar Kota Kinabalu, sempadan daerah Tuaran.
  • Universiti Malaysia Sabah - ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994 merupakan universiti awam ke-9 di Malaysia. Kampus induknya terletak di Teluk Sepanggar.
  • Masjid Negeri Sabah - dibuka pada 28 Jun 1977 merupakan Masjid Negeri bagi Sabah.
  • Teluk Sepanggar - sebuah pelabuhan penting di sabah, menempatkan Terminal Kontainer Teluk Sepanggar serta Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia.
KOTA MARUDU
Kota Marudu merupakan sebuah daerah dan pekan yang terletak di Bahagian Kudat, terkenal dengan warisan budaya yang kaya, keindahan alam semula jadi. Sebelum ini Kota Marudu dikenali sebagai Bandau dan ditukar secara rasmi kepada Kota Marudu pada pertengahan tahun 1974. 
Kenangan ketika program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu, Sabah pada 24-25 Ogos 2013. 









Banjaran Crocker merupakan banjaran Gunung terbesar di negeri Sabah, yang memisahkan kawasan Pantai Barat dengan kawasan Pendalaman. Foto di ambil didepan pintu Gerbang rasmi Taman Banjaran Crocker Stesen Inobong, Penampang.  


Foto kenangan di S.K. Sook di Keningau, Sabah dan Dewan Tan Sri Joseph Kurup, seorang tokoh politik veteran Sabah. Manakala Bulatan di Tugu Pusat Bandar Keningau memaparkan elemen kebudayaan suku kaum Murut atau Dusun. Juga foto kenangan di Taman Ternakan Sebrang,Keningau. 


Kota Belud sebuah daerah yang terkenal sebagai "Bumi Bajau" dan terkenal dengan gelaran "Koboi Timur" (Cowboys of the East). Foto kenangan ini saya ambil ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu yang merentasi Kota Belud pada 23 Ogos 2013. 
Ini adalah gambaran sekitar tahun 2013 dahulu, maklumat terkini yang saya perolehi Jambatan Bailey sudah tidak digunakan lagi dan digantikan sepenuhnya. 


Bulatan Kalabakan - Sapulut/Keningau menghala ke laluan pendalaman utama merentasi koridor tengah Sabah. 
Tugu Peringatan Kalabakan dibina bagi mengenang pengorbanan 8 anggota Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang terkorban dalam serangan Tentera Indonesia ketika Konfrontasi pada 29 Disember 1963.


Maliau Basin, khazanah alam semula jadi yang paling terpencil dan terpelihara di tengah-tengah Sabah. Terkenal dengan jolokan "The Lost World of Sabah". Dipanggil Basin kerana kawasan hutan dara seluas 588 km persegi dikelilingi oleh cenuram batu pasir yang tinggi sehingga membantuk satu kawah bulat gergasi yang terasing. 

Jambatan Tamparuli di daerah Tuaran, Sabah. Jambatan Gantung ini mempunyai kisah lagenda masyarakat Kadazan Dusun yang terkenal. 
Mengikut cerita rakyat, seorang gadis cantik bernama Solungkoi telah dikorbankan untuk ditanam di bawah tiang asas jambatan konkrit (jambatan kereta di bawah jambatan gantung) bagi menenangkan roh sungai supaya jambatan tersebut tidak terus runtuh dibawa arus deras.
Sebuah lagu terkenal bertajuk "Jambatan Tamparuli" nyanyian mendiang Justin Stimol menceritakan tentang pengalaman berjalan melintasi jambatan gantung tersebut sambil memakai kasut tinggi. 



Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang terletak di Sandakan, Sabah merupakan pusat pemuliharaan orang utan yang tertua dan paling terkenal di dunia, ditubuhkan sejak tahun 1964. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
9 Jun 2026: 12.24 p.m

No comments: