Wednesday, 6 February 2013

2013 : SMK BERAPIT, BKT MERTAJAM, PENANG & TAIPING, PERAK

Lokasi: Sek.Men.Keb. Berapit, Bukit Mertajam, P.Pinang
Tarikh: 5-6 Februari 2013

Jarak Perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
ke Sri Indar Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah sejauh 339 km

Pada 4.2.2013, saya dan team Awareness Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak ke Bukit Mertajam untuk program Peringkat Sekolah di SMK Berapit. 
SMK Berapit terletak di Jalan Berapit Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
Kami bermalam di Sri Indar Hotel yang terletak di Jalan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

Sri Indar Hotel
554-555, Jalan Sungai Rambai
14000 Bukit Mertajam
P. Pinang
Tel: 04-539 9955     Fax: 04-539 9954
Email: booking@sriindarhotel.com






Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam adalah sejauh 339 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam 30 minit

PROGRAM PERINGKAT SEKOLAH 2013 - SMK BERAPIT, BUKIT MERTAJAM



Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Sekolah yang kedua bagi tahun 2013 berlansung di Sek.Men. Keb. Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
Program yang berlansung selama 2 hari dari 5-6 Februari 2013 telah dihadiri oleh 227 orang pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Kami dibantu oleh jururawat dari Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam semasa program dijalankan. 
Usia penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit telah menjejaki ke angka dua puluh tahun. Selaras dengan usia yang meninjak dewasa , sekolah ini telah menghadapi pelbagai onak dan duri dalam usaha mencapai puncak kecemerlangan. Bermula dengan menumpang di sekolah rendah jenis kebangsaan perkampung berapit, kini SMK Berapit telah dilengkapi pelbagai prasara yang telah meningkatkan prestasi pelajarnya.


Jururawat dari Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam turut membantu program Kesedaran Penyakit Jantung. 














  




Selepas selesai program, kami telah membuat keputusan untuk bermalam di Taiping, Perak kerana salah seorang setaf kami, Miss Tan akan terus bercuti untuk menyambut Tahun Baru Cina di Kampungnya di Bagan Serai. 
Kami menginap di Hotel Legend Inn, Taiping tertetak di Jalan Long Jaafar, Kg. Jambu, Taping.









Perjalanan kami dari SMK Berapit di Bukit Mertajam ke Legend Inn, Taiping adalah sejauh 83.5 km iaitu 1 jam 16 minit perjalanan. 








Zulheimy Bin Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
24 Oktober 2013



No comments: