Thursday, 13 April 2017

2017 - BUKIT BENDERA, PENANG

Saya bersama rakan-rakan Awareness Team dari Yayasan Jantung Malaysia tiba di Pulau Pinang pada 8 April 2017 untuk menghadiri Program Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung di Apartment Permata, Bandar Baru Perda yang berlansung pada 9 April 2017. Perjalanan sejauh 339 km mengambil masa perjalanan selama 3 jam 23 min. 




Dalam perjalanan kami singgah di rumah Muhammad Nawawi , seorang anggota team kami di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. 

Di sini kami menginap di BG Business Hotel , yang terletak di Jalan Perniagaan Perda Barat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bukit Mertajam Pulau Pinang.. 
No.11A, Jalan Perniagaan Perda Barat, Kawasan Perniagaan Perda Barat, 14000 
Bukit Mertajam, Penang, Malaysia. 
04-5404888 / 012-5400570 




Program Pemeriksaan Kesihatan yang berlansung di Apartmen Permata di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang




BUKIT BENDERA, PULAU PINANG
Perjalanan dari hotel kami di Perda ke Bukit Bendera sejauh 30 km mengambil masa perjalanan 46 minit. 

Bukit Bendera atau dalam bahasa Inggerisnya "Penang Hill" adalah merupakan sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di Pulau Pinang. 
Terletak di Air Itam, 6 kilometer dari bandar Georgetown, mempunyai ketinggian 833 meter (2,733 kaki) dari paras laut. 
Walaupun telah berpuluh-puluh kali sampai di Pulau Pinang, namun ini adalah merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki saya di Bukit Bendera ini. 

Mengikut sejarah, Bukit Bendera atau Penang Hill mula dibina pada tahun 1788 oleh Kerajaan British. Ia dijadikan lokasi beristirehat Pegawai-Pegawai British semasa cuaca panas. 
Di awal pembinaannya, Kapten Francis Light telah mengarahkan banduan-banduan sebagai buruh untuk membina Bukit Bendera. 

Penang Hill atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Bukit Bendera adalah berdasarkan kepada nama asal Bukit ini diawal pembinaannya dahulu iaitu Flagstaff Hill, kemudian dikenali sebagai Strawberry Hill dan akhirnya sehingga kini Penang Hill. 

Untuk ke Bukit Bendera, kita perlu menaiki keretapi Kabel untuk sampai ke puncaknya. 

Di atas bukit ada Muzium Burung Hantu, Kuil Hindu, Masjid Bel Retiro, The Guard House, Astaka Bukit Bendera, Cliff Cafe, David Brown's Strawberry Hill Cafe, Crag Hotel, Bellvue Hotel, Meriam Zaman British dan ada juga "Love Padlock" sebuah tempat pasangan bercinta meletakkan kunci hati masing-masing (Padlock). 


Harga Tiket Pergi dan Balik (Tiket Biasa)
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-Kanak : RM3
Warga Asing
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM5



Ini adalah Bangunan Stesen Keretapi asal yang dibina pada tahun 1923. 

Sejarah keretapi Kabel Bukit Bendera bermula pada tahun 1921 apabila A.R. Johnson yang merupakan yang ketika itu adalah Jurutera Kanan Daerah, Persekutuan Keretapi Negeri-Negeri Melayu. Beliau telah membina 4 buah gerabak yang membawa penumpang ke atas Bukit Bendera. 
Majlis pembukaan dan perasmian operasi gerabak keretapi Bukit Bendera ini telah dirasmikan oleh Sir Lawrence Guillemard, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada tahun 1924. 
Keretapi ini merupakan satu-satunya keretapi mendaki bukit yang terdapat di Asia Tenggara. 

Gerabak lama keretapi Bukit Bendera yang digunakan dari tahun 1923 sehingga 1977. 


Koc ini telah digunakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya jenis pengangkutan yang terdapat di Asia Tenggara yang direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Swiss. Memulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 hingga Disember 1977 sebelum digantikan dengan koc yang lebih moden dan besar. Koc ini boleh membawa 50 orang penumpang dengan berat badan tanpa muatan ialah 7 ½ tan dan boleh membawa muatan sebanyak 2 ½ tan. Koc ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 23 Jun 1978.

Masjid Bukit Bendera dikenali juga dengan nama Masjid Bel Retiro adalah satu-satunya masjid yang terdapat di puncak bukit ini. Dibina pada tahun 1966 untuk kegunaan orang Islam yang tinggal, bekerja atau pengunjung bukit ini. Tidak jauh dari Masjid ini juga terdapat rumah agam dan juga sebuh kuil Hindu. 


Bel Retiro adalah dahulu merupakan rumah banglo Kerajaan yang dibina pada tahun 1789 sebagai kediaman Gebenor Pulau Pinang. Banglo Bel Retiro ini menjadi banglo pilihan Yang Di Pertuan Agong yang pertama Tuanku Abdul Rahman setiap kali baginda berkunjung ke Pulau Pinang. 









Geng Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia di puncak Bukit Bendera pada 9 April 2017



Banglo yang kelihatan di belakang saya adalah Bel Retiro yang dibina pada tahun 1789 untuk Gabenor Pulau Pinang ketika itu. 

Banglo Bel Retiro adalah tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Tunku Abdul Rahman setiap kali mereka melawat Pulau Pinang. Selain itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan telah membina rumah agam berhampiran dengan Bel Retiro, atas prinsip ‘kedekatan adalah bersebelahan dengan keagungan’.
Walaupun banglo ini tidak dibuka pada orang ramai, meraka boleh melawat dan mengabil gambar di pintu gerbang yang dikenali sebagai Gate House. Pintu gerbang tersebut dibina mnyerupai sebuah struktur batu-bata yang unik dan indah.


Balai Polis Bukit Bendera yang dibina pada tahun 1929

Saya, Nawawi, Khalaf dan Noor Riddah , Geng Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia - telah menjelajah Seluruh Malaysia dalam menjalankan kerja amal untuk Kesihatan Jantung... 


Pengalaman menarik kami Geng Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia... bersama team ini jugalah saya telah menjelajah ke Seluruh Malaysia , dari Perlis sampailah ke Sabah...kami bersama-sama mengerakkan misi YJM.....
Syabas Awareness Team YJM.... 

Catatan:
Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
13/4/2017 : 1.13 am

No comments: