Sunday, 13 April 2014

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Pahang (2014)

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah terletak 15 km dari Pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.
Gajah-Gajah liar yang ditangkap akan dihantar ke pusat konservasi ini untuk dilindungi dan dilatih. Gajah-gajah ini kemudiannya akan ditempatkan semula di kawasan-kawasan perlindungan seperti di Taman Negara, Pahang. 

Saya berpeluang mengunjungi pusat ini ketika menghadiri mesyuarat Program Kesedaran Penyakit Jantung di Kampung Bolok Hulu di Lanchang, Pahang yang terletak bersebelahan dengan PKGK pada 20 Mac 2014. 
Di sini juga terdapat perkampungan orang Asli yang sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negeri. 
Perkampungan Orang Asli yang sering menjadi kunjungan Pelancong Asing. 
 




Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Tujuannya adalah untuk meminimumkan risiko pelupusan spesis gajah di negara ini. 


Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka untuk memastikan anak-anak gajah ini terus hidup. 

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh pengecilan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  

Rujukan : 
http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PusatKonservasiGajahKebangsaan.aspx




En Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program Yayasan Jantung Malaysia

Mohd Shafiq Mahdzar, staff Yayasan Jantung Malaysia yang merupakan penduduk asal Kampung Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 



Pusat ini juga dibuka untuk pelawat. Boleh rujuk laman web NRE untuk keterngan lanjut.


Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia

No comments: