Wednesday 4 July 2018

2018 - KUANTAN PARADE

PROGRAM : MINGGU JANTUNG KUANTAN 2018
TEMPAT: KOMPLEK MEMBELI BELAH KUANTAN PARADE
TARIKH: 4-8 JULAI 2018



Pada 3 Ogos 2018, saya bersama dengan Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan Pahang untuk program Minggu Jantung Kuantan bermula dari 4 Ogos hingga 8 Ogos 2018. 
Perjalanan mengambil masa 2 jam 57 minit melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak sejauh 240 km.
Kami berhenti rehat di Hentian Rehat Gambang, Pahang untuk makan tenghari. 



V Hotel dimana kami menginap sepanjang program dijalankan. Ianya terletak hanya dibelakang Kuantan Parade


The V Hotel
3, Jalan Haji Abdul Rahman
25000 Kuantan
Pahang
Tel: 05-515 8866





KUANTAN PARADE
Kuantan Parade adalah dibawah pentadbiran Badan Pengurusan Bersama Kuantan Parade dibina sekitar tahun 1995. 

Ketika bertugas di SKTLDM Kuantan (1992-1995), bangunan ini ketika itu dalam pembinaan dan saya tidak berkesempatan untuk melihat ianya siap kerana bertukar tugas ke Kuala Lumpur. 
Kali pertama saya menjalankan program di Kuantan Parade ialah pada Minggu Jantung Kuantan dari 24 - 28 April 2014. 





Komplek Teruntum mengimbau banyak kenangan manis kerana aku pernah bertugas di KD Panah yang berpengkalan di Kuantan pada tahun 1987 dan  SKTLDM Kuantan antara tahun 1992-1995. Aku sering lepak di sini bersama rakan-rakan selepas waktu kerja atau ketika hari cuti. Sudah tidak banyak kedai beroperasi di Kompleks ini sekarang kerana telah tumbuh dengan banyaknya kompleks membeli-belah yang baru dan lebih canggih di Kuantan sekarang ini. 



Kuantan adalah merupakan ibunegeri Pahang iaitu negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 
Kuantan berkeluasan lebih kurang 36,000 km dengan penduduknya yang terdiri 57% Melayu, 32% Cina, 4% India dan 7% lain-lain kaum. Bandar Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menjadi ibunegeri Pahang sejak 1976 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis.

PROGRAM KESIHATAN MINGGU JANTUNG KUANTAN 2018
Program dijalankan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam bermula dari 4 Julai 2018 sehingga 8 Julai 2018. 
Sepanjang program dijalankan selama 5 hari seramai 316 orang telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan dan 81 orang telah menjalani Ujian Elektrokardiogram.



Sepanjang program dijalankan, kami telah dibantu oleh jururawat-jururawat dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan juga dari Kuantan Medical Centre. Terima diucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu kami sepanjang program dijalankan. 








Selesai program pada 8 Julai 2018, kami pulang semula ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2018 setelah 6 hari berada di Kuantan. 
In sya Allah ditahun hadapan kami akan ke sini lagi sekiranya di izinkan. 



Hj. Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
8 Ogos 2018 : 1.31 pm




1 comment:

MOHD AMIN said...

Homestay Kuantan Dekat Kuantan Parade Call 010-4645377 (Amin)

Ada 3 Bilik. (2 Bilik Aircond dan 1 bilik kipas)
https://homestaysdikuantan.blogspot.com/