Wednesday, 31 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN – 30 JULAI 2013 / 21 RAMADHAN 1434H


TAZKIRAH RAMADHAN – 30 JULAI 2013 / 21 RAMADHAN 1434H
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Ridhauddin Musa Al-Azhari

Intisari Tazkirah:
Di samping amal ibadah dan amalan amalan soleh yang kita lakukan semasa di dunia ini, kita sebenarnya juga amat memerlukan syafaat (pertolongan) semasa di Padang Mahsyar nanti dan ketika timbangan amal (Mizan). Syafaat amat diperlukan terutama syafaat daripada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW> 

Tiga amalan yang membolehkan syafaat ketika kita berada di hari akhirat adalah seperti berikut :

Pertama : Jauhi pertengkaran, dusta dan perbaiki akhlak
Kedua : Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW
Ketiga : Bacalah al-Quran dan fahami maksudnya

Hadis Rasulullah SAW berkaitan ini adalah seperti berikut: 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis Riwayat Muslim)

No comments: