TAZKIRAH RAMADAN – 25 JULAI 2013
Surau At Taqwa, Lembah Keramat , KL
Penceramah: Ustaz Padzli Ismail (UKM)
Intisari Tazkirah:
1, NUZUL AL QURAN
Malam ini sudah masuk malam 17 Ramadan.. iaitu malam diturunkan Al Quran atau dikenali dengan “NUZUL AL QURAN”
Peristiwa Nuzul Al Quran merupakan sejarah penting dalam kehidupan Rasulullah SAW dan umat Islam keseluruhannya.
Nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan “NUZUL” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al Quran diturunkan dari Lauh mahfuz ke langit dunia dan disimpan di sebuah tempat bernama Baitul Izzah.
Lauh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekelian makhluk sejak didalam kandungan semasa ditiupkan roh ke dalam jasad sehinggalah berlaku hari kiamat nanti. (Rujuk: Syarh al-Aqidah al-Thahawiyah, Ibn Abi al-Izz al – Hanafi).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
2. GANJARAN PAHALA DI BULAN RAMADHAN
Sesungguhnya balasan pahala amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, sementara amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah!
Sabda Nabi (s.a.w) :
Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.
(Al-Hadith)
3. LAILATUL QADAR
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan kepada umat Islam yang mana antaranya yang paling dinanti-nantikan oleh orang yang beriman ialah 10 malam terakhir dengan harapan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). “
(Surah Al-Qadar: 1)
Sesiapa yang bertemu dengannya (Malam Lailatul Qadar) dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau berzikir dan memikirkan kebesaran Allah SWT, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.
“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al Qadar : 3)
Friday, 26 July 2013
TAZKIRAH RAMADAN – 16 RAMADHAN 1434H
Labels:
RAMADHAN
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment