Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 18 RAMADAN 1433H

Tazkirah Ramadan – 18 Ramadan
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Mohd Khairi Mohd Nor
Intisari Tazkirah:

• Seperti mana yang kita ketahui, sekarang kita berada pada hari ke 18 dan malam ke 19 Ramadhan. Kalau dirujuk pada fasa-fasa dalam bulan Ramadhan, kita telah memasuki fasa pertengahan Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Sepertimana dalam hadis, Ramadhan dapat dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa Rahmat, fasa Pengampunan dan fasa Pelepasan dari Api Neraka.
• Syarat untuk mendapat rahmat daripada Allah ada tiga iaitu: Beriman, Berhijrah dan Berjihad di Jalan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah; 218,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

• Hadis Rasulullah SAW , “Sebaik-baik haruman adalah minyak kasturi.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Haruman adalah santapan roh dan kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.





No comments: