Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 21 RAMADHAN 1433H

TAZKIRAH 21 RAMADAN 1433H

Tarikh: 10 Ogos 2012

Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Penceramah jemputan – pelajar Malaysia di Arab Saudi
Intisari Tazkirah:

Sebahagian Mufassirin memahamkan taqwa sebagai - Allah itu ditaati bukan diingakari, harus diingati bukan dilupai dan Nikmat Allah itu disyukuri bukan dikufuri……

Ramadan semakin hampir meninggalkan kita menandakan akan berakhirnya hari hari penuh berkah, berakhirnya tarbiyah Rabbaniyah kepada kita.

Sebulan lamanya kita melakukan tarbiyah Ramadhan dengan menunaikan puasa, shalat, qiyam, tilawah, dzikir, doa, mengeluarkan zakat, infak dan shadaqah. Kita sangat berharap pada hari ini kita bisa menjadi orang yang bertaqwa, orang yang dijanjikan oleh Allah mendapat kemenangan. Menang atas binalnya hawa nafsu kita, menang atas lemahnya godaan setan, menang atas semua kegelisahan yang mempermainkan perasaan kita, dan menang atas ketidakberdayaan dan kemalasan yang senantiasa ada dalam diri kita.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan ini akan berkekalan setelah berlabuhnya tirai Ramadan… semoga kehadiran Aidilfitri akan membawa kita kembali kepada fitrah sebagai seorang Islam.  

Aildilfitri bermaksud "Kembali kepada Fitrah" yakni kehadiran Aidlifitri bukan sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Bukan sekadar untuk beraya sakan, sebaliknya di dalam agama Islam, Aidilfitri itu hadir untuk membawa diri manusia kembali kepada fitrah seorang Islam seperti yang telah kita janjikan kepada Sang Khalik semasa di alam ruh dulu.

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
7 Julai 2013 : 12.49 am


No comments: