Thursday, 4 July 2013

TAZKIRAH 3 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 3 RAMADAN 1433H
Tarikh: 23 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa, Lembah Keramat Kl
Penceramah: Ustaz Dr. Wan Razak

Tazkirah Ramadan di Surau At Taqwa Lembah Keramat KL malam ini oleh Ustaz Dr. Wan Razak mengenai ganjaran-ganjaran yang diberikan Allah swt kepada hambaNya yang beribadat dibulan Ramadan. 
Turut disentuh sebuah Hadis Rasulullah Saw , “Sesungguhnya Allah telah menuliskan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia telah menerangkan hal itu. Barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita untuk membuat kebaikan dan melaksanakannya, maka Allah akan menuliskan baginya sepuluh sehingga 700 kali ganda kebaikan malah berlipat-lipat kali ganda. Barang siapa pula yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tidak beramal dengannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika ia bercita-cita untuk melakukan kejahatan dan dilaksanakan kejahatan itu, maka Allah SWT hanya akan menuliskan baginya satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Di dalam hadis riwayat Muslim rahimahullah terdapat sepotong hadis yang menceritakan perihal ibadah orang munafik termasuklah ibadah puasa:

اَيَاتُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ ، وَاِذَا ائْتُمِنَ خَانَ ،وَاِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ اَنَّهُ مُسْلِمٌ.

"Tanda-tanda munafik tiga: Apabila berkata dia bohong, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia berkhianat, sekalipun dia berpuasa, bersolat dan menyangka dirinya muslim".[35]
Antara contoh puasa orang Munafik ialah apabila seseorang yang berpura-pura berpuasa di hadapan orang lain sedangkan hakikatnya dia tidak berpuasa (berbohong) lantaran malu jika diketahui orang dia tidak berpuasa, atau terpaksa berpuasa lantaran ia duduk bersama orang yang berpuasa kerana terasa malu jika tidak berpuasa, atau beralasan sakit sehingga tidak mahu berpuasa sedangkan yang sebenarnya dia adalah seorang yang berkeadaan sihat wal-afiat. Maka orang-orang seperti ini tergolong dalam golongan orang yang nifaq walaupun dia masih merasa dirinya seorang muslim. Kerana orang seperti ini akan senang bersama orang yang tidak berpuasa, sama ada orang yang tidak berpuasa itu masih mengaku muslim atau orang kafir.

EMPAT PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN KETIKA DI BULAN RAMADHAN.

1. Menyebut LAAILAHAILLALLAH.
2. Istighfar (Taubat).
3. Mohon dimasukkan ke dalam Syurga Allah.
4. Mohon dijauhkan daripada Api Neraka

 Copied : 4 July 2013 : 11.40 pm




No comments: