Monday, 29 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 19 RAMADHAN 1434H

TAZKIRAH RAMADHAN – 28 JULAI 2013
(19 RAMADHAN 1434H)
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Mustafa Al Hafiz

Intisari Tazkirah:
  1. Pengertian Tazkirah adalah memberi perigatan.
Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat ayat 55: “Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguh peringatan itu bermanfaat bagi orang – orang beriman. “

Tazkirah terbahagi kepada 2 iaitu Tazkir Diri (peringatan kepada diri sendiri) dan tazkir dan peringatan kepada orang lain.
Setiap golongan manusia perlu melaksanakan tugas ’amar ma’ruf dan nahi mungkar. Hatta sewaktu bersendirian pun, seseorang itu perlu melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Selain tazkirah terdapat beberapa lagi uslub Dakwah iaitu:
Ta’lim dan Tarbiah : pengajaran dan pendidikan
Targhib dan Tabsyir – menggalakkan dan menyampaikan berita kebaikan.
Tarhib dan Inzar – Menakutkan dan menyampaikan berita ngeri.
Amar dan Nahi – perintah dan tegahan.

  1. Malam ini bermulalah malam 10 terakhir bulan Ramadhan dan salah satu malam adalah malam Lailatul Qadar.
Marilah beristiqomah dan bersungguh-sungguh untuk meraih lailatulqadar yang merupakan malam yang paling mulia dalam satu tahun. Ibadat pada malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Terdapat hadis yang menyebut bahawa malam tersebut jatuh pada salah satu malam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan yang bermula malam ini terutama pada malam-malam yang ganjil.

Kejarlah lailatul qadar semasa ada kesempatan ini..


Mungkin ini Ramadhan terakhir kita..


Surah Al Qadar
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.





No comments: