Friday, 5 July 2013

TAZKIRAH 10 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 10 RAMADAN 1433H

Tarikh: 30 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Dr. Idris Ibrahim

Tazkiah Ramadan malam ini di Surau At Taqwa Lembah Keramat KL disampaikan oleh Ustaz Dr. Idris Ibrahim mengenai malam Lailatul Qadar.


Tidak perlu ada kesangsian tentang wujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qadar yang maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar  lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatNya dan keredaanNya.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan



Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
5/7/2013 : 1.20 am

No comments: