Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 24 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 24 RAMADAN 1433H

Tarikh: 13 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Farhan Mohd Suhul

Intisari Tazkirah:

Berkata Salman Al Faarisi r.a 
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua : 
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat. 
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Isra! il datang mencabut nyawanya. 
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka. 

Air mata taubat Nabi Adam a.s 
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. 

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. 

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!." 

Air mata yang tiada di tuntut 
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. 
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. 
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan. 
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. 

Pengertian Takwa:
1.       Takut kepada Allah iaitu menjada dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan Allah swt.
2.       Ketaatan dan ibadat iaitu taat menjalankan dan melaksanakan perintah Allah swt.
3.       Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan Allah swt.


No comments: