Tuesday, 23 July 2013

[AMERIKA DALANG DISEBALIK RAMPASAN KUASA TENTERA


Oleh : Dr Mahmood Ghazlan
Jurucakap Rasmi Ikhwanul Muslimin

Kata Beliau, Revolusi 25 Jan 2011 telah berlaku di luar jangkaan dan kehendak Amerika dimana ia menyaksikan penggulingan rejim yg tunduk dan taat kepada kuasa politik barat; melalui peranan Mubarak yang menjadi simpanan berharga yang strategik bagi Israel.

Oleh yang demikian pihak Amerika dilihat tidak mengiktiraf Revolusi yg berlaku ketika itu kecuali apabila mereka mendapati tiada lagi jalan keluar bagi Mubarak selain daripada berundur.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas berlakunya revolusi 25 Januari, Amerika telah melancarkan beberapa percubaan untuk menggagalkan revolusi dengan menyumbang sejumlah dana yang besar berjumlah 105 juta USD yang diberikan kepada organisasi-organisasi Mesir dan luar Negara untuk mencetuskan huru-hara.

Hal ini telah diperakui oleh ahli kongres Anne Peterson dalam mesyuarat kongres dan salah seorang menteri Mesir, Faizah Abu Naja melihat bahawa dana ini bertujuan untuk menggagalkan revolusi pada awal permulaannya yang telah terbongkar dan dinamakan sebagai ‘Kes Dana Asing’. Malangnya dalang disebalik kes ini telah berjaya dilarikan dari Mesir, sebelum dihakimi di Mahkamah Jenayah Mesir.

Sejurus selepas pemilihan Muhammd Mursi sebagai Presiden Mesir Madani yang sah, Amerika telah mula membuat percaturan agar Mursi tunduk kepada kehendak politik semasa Amerika menjaga kepentingan- kepentingannya di Mesir.

Amerika terus memastikan kebersamaan Mesir bersamanya sebagai sekutu dan menginginkan Mesir agar terus lemah dan bergantung kepada Amerika sebagai pembekal ubat- ubatan, makanan dan senjata.

Mereka juga turut mendesak I.M.F (Tabung Kewangan Antarabangsa) untuk tidak memberikan pinjaman kepada Mesir.
Amerika turut memastikan penerusan keadaan Mesir yang lemah agar tidak mengancam Israel bahkan menjadi pelindung kepada Israel daripada apa-apa perubahan corak politik tanah arab yang boleh menggugat Israel.

Di samping itu, Amerika turut berasa tidak senang akan kenaikan Islamis sebagai kuasa politik baru yang memegang tampuk pemerintahan yang dahulunya dikuasai oleh sekularis barat.

Masalah timbul apabila Amerika mendapati apa yang berlaku adalah sebaliknya. Segala percaturan Amerika terhadap Mesir tidak menjadi hasil daripada tentangan kuat dari tampuk kepimpinan baru yang dikepalai oleh Dr Muhammad Mursi.

Hal ini kerana, Mursi enggan untuk tunduk menjadi sekutu bagi Amerika dan bagi beliau Mesir adalah sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta bebas untuk menentukan hala tujunya sendiri. Ini jelas kelihatan melalui kenyataan-kenyataan beliau yang menyentuh tentang kemampuan Mesir untuk menghasilkan produk dan sumber makanan, ubat- ubatan dan kelengkapan senjatanya sendiri.

Selain daripada itu, beliau juga turut meminimakan segala jenis perhubungan dengan Israel dan dalam masa yang sama mengukuhkan hubungan Mesir dengan Palestin serta berusaha utk memenuhi keperluan semasa rakyat Palestin.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau telah berusaha untuk mewujudkan kerjasama dgn negara-negara lain diseluruh dunia. Sebagai contoh, Rusia dan China di timur, Afrika selatan, Brazil, dan dengan beberapa Negara Afrika yang lain agar hubungan luar Mesir tidak hanya terbatas dengan Amerika dan Israel seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga turut berusaha untuk menghapuskan sistem sekular barat untuk digantikan dengan sistem Islam namun usahanya ini menjadi titik permulaan bagi tercetusnya kemarahan golongan liberalis dan sekularis. Golongan-golongan ini cuba untuk menggagalkan usaha murni beliau dengan pelbagai cara antaranya demonstrasi jalanan yang penuh dengan keganasan yang ditaja oleh dana dari luar, serta disertai oleh samseng-samseng dan penjenayah untuk menggugat ekonomi Negara Mesir.

Kemudian diadakan pula sekatan terhadap ekonomi Mesir dan juga sabotaj-sabotaj melalui krisis-krisis terhadap bekalan keperluan asasi rakyat seperti bahan bakar, elektrik dan banyak lagi yang dijadikan umpan supaya rakyat bangkit menentang pemerintahan Mursi.

Rentetan daripada krisis yang meruncing ini, Amerika Syarikat menunjukkan wajahnya yang sebenar apabila mereka menuntut Dr Mursi agar melantik Dr Muhd El Baradei sebagai Perdana Menteri supaya El Baradei dapat memandu hala tuju politik Mesir seiring dengan pelan yang digaris oleh Amerika namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Muhammad Mursi. Hal ini berlaku tatkala Mursi mengajak pihak pembangkang untuk duduk semeja berbincang dan mengadakan pencerahan yang ditolak oleh pembangkang.

Kemudian terzahirnya suara-suara yang datangnya dari pihak pembangkang; yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong demokrasi dan Negara Madani, mengizinkan dan mengalu- alukan campur tangan tentera ke dalam arena politik Mesir untuk menjatuhkan Muhammad Mursi.

El Baradei dan Saad Ad Deen yang kedua-duanya mempunyai hubungan rapat yang telah terbongkar dengan pentadbiran Amerika telah berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan rakan-rakan mereka yang lain dari parti-parti pembangkang untuk berdiri bersama menyokong kudeta.

Lalu, setelah konspirasi telah berjaya disusun, mereka telah mengajak rakyat beramai-ramai untuk turun berdemonstrasi pada 30 Jun 2013 dengan mengeksploitasi rintihan rakyat yang tertekan dengan kos kehidupan semasa yang mencekik. Namun peristiwa ini didahului sebelumnya dengan peristiwa-peristiwa serangan ganas yang mereka lancarkan yang telah menyebabkan banyak pertumpahan darah di masjid-masjid dan terbakarnya Markaz Pusat Ikhwanul Muslimin di setiap negeri.

Dan ketika ini juga Presiden Muhammad Mursi menerima berkali-kali panggilan telefon dari Barrack Obama yang mendesak beliau dan memberi isyarat bahawa sekatan ekonomi ini akan berterusan.

Di samping itu, Negara teluk turut menjanjikan kepada Mursi untuk menghentikan dana yang diberikannya untuk mencetuskan huru-hara di Mesir sekiranya Muhammad Mursi menerima apa yang ditawarkan oleh Obama. Namun Mursi tidak memberi respon selain daripada menolak segala permintaan dan desakan serta memilih untuk memelihara prinsip demokrasi dan legitimasi perlembagaan.

Akhirnya tiada lagi jalan bagi pihak pembangkang melainkan memberi lampu hijau kepada pihak tentera utk melaksanakan rampasan kuasa atau apa yg diistilahkan sebagai "الإنقلاب"; menggulingkan serta menculik Presiden Pertama Mesir yang dipilih melalui sistem pilihanraya yang bebas dan bersih secara demokrasi, serta memansuhkan Perlembagaan dan Dewan Syura.

Walaupun apa yang berlaku di Mesir ini sangat jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia serta hak rakyat mesir untuk menentukan hala tuju negaranya sendiri, namun Amerika Syarikat masih lagi mampu menimbulkan persoalan; Apakah yang berlaku di Mesir itu benar-benar rampasan kuasa atau sebaliknya.

Kemudian pihak tentera pula telah membuat kenyataan melalui ketuanya bahawa tentera akan membuat campur tangan dengan meletakkan pelan tindakan bagi hala tuju Mesir dan akan menyelia perlaksanaannya. Ini bermaksud bahawa tentera akan memansuhkan legitimasi perlembagaan sedia ada, berlawanan dengan kehendak rakyat yang telah pun memilih presiden dan ahli dewan syura mereka serta perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Di sini jelas konspirasi yang telah didalangi oleh dua pihak ini, Tentera dan Amerika Syarikat.

Sesungguhnya inilah topeng kemunafiqan Amerika Syarikat dan pembelotan serta campur tangan secara keganasan terhadap hal ehwal dalaman Negara Mesir .

Oleh itu sebenarnya rampasan kuasa ini dilakukan oleh Amerika Syarikat kerana tanpa persetujuannya nescaya puak-puak kudeta tidak berani untuk melaksanakannya.

Dengan ini Amerika Syarikat sekali lagi telah mengulangi jenayahnya bukan sahaja terhadap Negara kami Mesir malahan terhadap negara-negara lain dan selamanya tidak akan mereka perolehi melainkan murka, kebencian, dan laknat dari kami rakyat Mesir, dari seluruh negara-negara Islam arab, negara-negara dunia ketiga dan individu-individu yang merdeka di seluruh dunia.

Dan selamanya rakyat Mesir tidak akan mengaku kalah apatah lagi menyerah diri kepada si kudeta pembelot, dan akan senantiasa menentang dan yakin akan menghapuskan kudeta demi mengembalikan kebebasan, kemuliaan dan maruah rakyat.

Pada ketika itu, seluruh rakyat akan menghukum setiap pihak dan individu yang bersekongkol dengan kudeta ini. Kerana tiada maaf bagi pembelot-pembelot dan tiada tolak ansur bagi mereka yg mencabuli kehormatan dan hak rakyat.

Dan kami yakin bahawa Allah lah pemberi kemenangan bagi rakyat yang beriman ini, dan kami yakin dengan kewujudan cerdik pandai di Amerika Syarikat yang akan memandu kembali politik semasa Amerika ke jalan yg betul.

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬


Copied from Facebook: 23 July 2013: 12.22am

No comments: