Sunday, 7 July 2013

DOA YANG TIDAK TERTOLAK

TAZKIRAH 15 RAMADAN 1433H

Tarikh: 4 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Rithaudeen Ishak

Tazkirah Ramadan – 15 Ramadan di Surau At Taqwa Lembah Keramat KL disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Rithaudeen Ishak. Antara intisari Tazkirah beliau ialah sepotong hadis Rasulullah SAW

ثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل و المظلوم 

‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi”

(HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi) 

Oleh karena itu, jangan lewatkan kesempatan baik ini untuk memohon apa saja yang termasuk kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Seeloknya berdoalah agar Allah swt menanamkan iman dalam diri kita kerana dengan adanya iman yang teguh dalam diri kita… kita tidak akan merasa berat untuk melaksanakan segala perintah Allah dan tidak akan merasa malas untuk bangun beribadat solat tahajjud dan lain lain.


"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"

Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."


Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
7.7.2013 : 12.36 am

No comments: