Saturday, 20 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 11 RAMADHAN 1434H

TAZKIRAH RAMADHAN – 20.7.2013
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang

Intisari Tazkirah:
Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya: 
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika mati
2. Dahi berpeluh
3. Mati pada malam Jumaat
4. Mati syahid di medan perang
5. Mati dalam peperangan fisabillillah
6. Mati disebabkan penyakit kolera
7. Mati kerana tertimpa runtuhan tanah
8. Mati kerana melahirkan anak
9. Mati Terbakar
10. Mati kerana penyakit busung
11. Mati dalam membela agama dan jiwa
12. Meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Adalah ditekankan bagi seorang muslim yang mengharap rahmat Allah dan takut akan siksa-Nya untuk memperbanyak membaca Al-Qur'anul Karim pada bulan Ramadhan dan buian-bulan lainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, mengharap ridha-Nya, memperoleh keutamaan dan pahala-Nya. Karena Al-Qur'anul Karim adalah sebaik-baik kitab, yang diturunkan kepada Rasul termulia, untuk umat terbaik yang pernah dilahirkan kepada umat manusia; dengan syari'at yang paling utama, paling mudah, paling luhur dan paling sempurna.
Al-Qur'an diturunkan untuk dibaca oleh setiap orang muslim, direnungkan dan dipahami makna, perintah dan larangannya, kemudian diamalkan. Sehingga ia akan menjadi hujjah baginya di hadapan Tuhannya dan pemberi syafa'at baginya pada hari Kiamat.
Allah telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Qur'an dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dengan firmanNya " Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. " (Thaha:123),

No comments: