Mesti ramai orang2 kita percaya yg roh org2 yg dh meninggal akan pulang ke rumah jenguk keluarga dia pada bulan Ramadhan ini. Betul ke ni?Secara ringkas kita tgk.
Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin. Qarin ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim” Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.
Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Lauh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Jawapan 2: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)
Tafsir firman Allah di surah Az-Zumar ayat 42.
Allah berfirman,
“Allah (Yg Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa org yg sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa org yg tidak mati(dlm masa tidurnya), kemudian Ia menahan jiwa org yg Ia tetapkn matinya dan melepaskn balik jiwa yg lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yg ditentukan. Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi tanda-tanda yg membuktikn kekuasaan Allah bg kaum yg berfikir (untuk memahaminya)
Jawapan 3 : Jika roh itu boleh kembali dan tinggal bersama keluarganya selama masa tertentu, tentu yang paling layak mendapatkan keadaan ini adalah roh para nabi, para sahabat, atau para syuhada yang meninggal di medan jihad. Allah tempatkan roh mereka di syurga, dan terpisah sepenuhnya dengan alam dunia.
Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Barrak pernah ditanya, benarkan roh orang yang meninggal akan kembali ke keluarganya dan dpt melihat semua keadaan keluarganya selama 40 hari?
Jawapan beliau,
Seseorang setelah meninggal, dia menghilang dari kehidupan dunia ini, dan berpindah ke alam akhirat. Dan rohnya tidak kembali ke keluarganya, dan tidak mengetahui semua keadaan keluarganya. Khabar yang menyebutkan bahawa roh kembali ke keluarga selama 40 hari adalah khurafat, yang sama sekali tidak memiliki dalil. Demikian pula si mati, dia tidak mengetahui keadaan keluarganya, kerana dia tidak ada di tengah-tengah mereka. Mereka sibuk dalam kenikmatan atau azab. (Fatwa Islam, 13183)
Jawapan 4: Ada beberapa catatan yang menunjukkan bahawa keyakinan ini adalah keyakinan yang menyimpang dan bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah,
Allah mengingkari permintaan orang mati untuk dikembalikan ke dunia
Kesudahan golongan yg kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kpd salah seorng di antara mereka,berkatalah ia:”wahai Tuhanku,kembalikanlah daku(hidup semula di dunia) supaya aku mengerjakan amal2 yg soleh dlm perkara2 yg tlh aku tnggalkan”. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu hanyalah perkataan2 yang dia ucapkan saja. dan di hadapan mereka ada dinding (alam barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan. (QS. Al-Mukminun: 99 – 100)
Kesimpulannya, alam berkenaan roh ini hanya amat sedikit yg kita ketahui. Sesungguhnya yg Maha Mengetahui adalah Allah s.w.t jua. Sesuai dgn firman-Nya yg bermaksud “ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan :Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (Surah Al-Isra :85).
Bagi abang min, roh balik ke xbalik ke, kita hok idup ni la mesti ingatkan ko mati sokmo. Hok tentu pasti sampai adalah doa dan sedekah kita kepada si mati bukang kita duk kalut pikir roh ni blk ko xblk rmh..
Apo kato bikboh kito…
http://www.youtube.com/watch?v=Dwlw0RHre5I&feature=player_embedded
Copied from Facebook: Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus
17.7.2013
Wednesday, 17 July 2013
BENARKAH ROH PULANG KE RUMAH DALAM BULAN RAMADHAN?
Labels:
RAMADHAN
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment