Friday, 19 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 6 RAMADAN 1434H

Tazkirah Ramadhan - Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Tarikh : 15.7.2013
Penceramah : (Seorang Ustaz Cina Muslim .. maaf tak ingat namanya.)

Intisari tazkirah malam ini... ustaz menghuraikan pengertian taqwa.

Huruf Taqwa dalam bahasa Arab mengandungi 4 huruf iaitu Ta, Qof, Wau dan Alif. 

Huruf Ta adalah singkatan dari Tawadhu iaitu merendah diri , tidak angkuh dan tidak sombong dan tidak merasa takjub pada diri sendiri.

Huruf Qof adalah singkatan dari Qonaah yang bermaksud berbaik sangka kepada Allah dan kepada sesiapa sahaja.

Huruf Wau adalah singkatan dari Wara’ yang bermaksud sentiasa menjada kebersihan hati, perilaku dan ucapan.

Huruf Alif adalah singkatan dari Inabat yang bermaksud berasal dari Allah dan kembali kepada Allah, iaitu tidak pernah menentang kehendak Allah.

TAQWA iaitu Tawadhu, Qonaah, Wara’ dan Inabat adalah jalan untuk mencapai ULUL ALBAB sepertimana firman Allah:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”
(Ali Imran :190-191)

No comments: