Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 22 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 22 RAMADAN 1433H

Tarikh: 11 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL

Penceramah: Ustaz Mejar Hj Daud Salleh


Intisari Tazkirah:
Keutamaan bagi orang yang berpuasa Ramadan:

1.       Di bulan Ramadan terdapatnya Malam Lailatul Qadar dimana ibadah orang Mukmin pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan yang lain atau lebih mulia dari beribadah seribu bulan.
2.       Ganjaran bagi orang-orang beriman yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan beramal soleh seperti membaca al-Quran, solat tarawikh, mengerjakan umrah dan sebagainya adalah pengampunan dosa-dosanya yang telah lalu.  
3.       Ganjaran pahala yang besar diberikan kepada sesiapa yang bertadarus (membaca dan mempelajari al-Quran) dibulan yang mulia ini, kerana mengikut contoh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang bertadarus dengan Jibril 'alaihis salam di Ramadan, sebagaimana juga amalan para sahabat dan para Salaf as-Soleh.
4.       Segala jin-jin jahat dan syaitan dibelenggu dengan rantai, ini supaya tidak dapat bebas mengoda dan merosakkan ibadah puasa dan segala ibadah manusia yang beriman sebagaimana bebasnya di bulan-bulan yang lain.  Pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu langit dan syurga dibuka kepada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan.
5.       Dibuka luas pintu-pintu rahmah (untuk menperolehi pahala yang berganda) dan doa yang dipohon dengan penuh keikhlasan dikabulkan.
6.       Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan dosa lantaran keutamaan dan tingginya kedudukan ibadah puasa di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla Seandainya seseorang yang berpuasa mempunyai dosa seperti buih di lautan, nescaya akan diampunkan apabila meminta pengampunan dengan sebab ibadah puasanya yang diberkahi.  
7.       Dibulan Ramadan, segala amal ibadah yang dikerjakan dengan penuh keimanan, keikhlasan, khusyuk dan tawadduk jika tidak diselang-seli dengan dosa-dosa besar, bid'ah dan khurafat, maka pahalanya akan digandakan.  Oleh itu digalakkan agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan memperbanyak beramal ibadah dan berdoa.  Segala doa akan dimakbulkan sehingga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallamsendiri melipat-gandakan ibadah dan doanya disetiap bulan Ramadan.

No comments: