Friday, 19 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 8 RAMADHAN 1434H

Tazkirah Ramadhan – Surau At Taqwa , Lembah Keramat, KL
Tarikh: 17 Julai 2013

Antara Intisari Tazkirah malam ini yang disampai oleh penceramah adalah:

1. Ustaz mengingatkan jemaah bahawa destinasi yang akan kita tuju selepas ini adalah Alam Kubur (Alam Barzakh). Samada kita suka atau tidak kita pasti menempuhnya. 

Imam Ja’far As-Shadiq berkata, “Demi Allah, yang ku takutkan atas mu adalah alamBarzakh.”
Sahabatnya bertanya,” Apakah Barzakh itu? Beliau menjawab, “Alam Kubur sejak kematian hingga hari kiamat.” (Al-Bihar 6:27)

Apabila matinya seseorang, maka terputuslah hubungan sesorang dengan dunia melainkan anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat atau sedekah jariah.

Ustaz mengingatkan agar kita selalu mengamalkan membaca surah Al Mulk sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)

2. Ustaz juga menyentuh kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu.”

Menghidupkan tazkirah dibulan Ramadhan adalah sesuatu yang sangat baik dilakukan. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

Sessi Tazkirah semasa Solat Taraweh adalah alternatif modul ilmu yang terbaik kerana dapat memberi ilmu atau kefahaman kepada lebih ramai orang. Kita semua tidak dapat menafikan hakikat bahawa lebih ramai yang hadhir solat taraweh berbanding menghadiri kuliah-kuliah ilmu di luar bulan Ramadhan. Maka mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk menyampaikan ilmu Islam adalah tindakan yang amat bijak

Allah SWT berfirman, “"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(Surah Azzaariyat : 55 )

No comments: