Rasulullah SAW telah berpesan, sesiapa yang mahu doanya dimakbulkan dan dilapangkan hidup dari sebarang kesulitan hendaklah sentiasa bersedekah. Apa jua bentuk pertolongan yang berupa kebaikan merupakan satu sedekah, menyuruh orang lain berbuat kebaikan juga adalah satu sedekah.
Dari hadis Rasulullah SAW maksudnya, ” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Jama'ah)
Bersedekah dibulan Ramadan dilipat gandakan pahalanya berbanding bersedekah dibulan-bulan lain.
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.
Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam.
10 hari pertama di bulan Ramadan dijanjikan rahmah
10 hari di pertengahan dijanjikan barakah
10 hari terakhir di dijanjikan maghfirah
Subhanallah.
".........sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji."
Ihya ramadhan maksudnya menghidupkan ramadhan.
Amalan untuk menghidupkan Ramadan:
1. Bersedekah
2. Membaca Al Quran
3. Qiamullail
4. Menjaga lidah
5. Perbanyakkan doa, zikir dan istighfar
6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
7. Beriktikaf
Menurut Imam Al Ghazali terdapat 3 peringkat Puasa:
Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.
Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.
Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.
Friday, 19 July 2013
TAZKIRAH RAMADHAN
Labels:
RAMADHAN
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment