Sunday 28 July 2013

TAZKIRAH 26 RAMADAN 1433H

Tarikh: 15 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Yunus Kamaruddin


Intisari Tazkirah:
Surah Al Qadr
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”.

Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu (sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.

Dari   Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Ertinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]


Mari kita jadi sebahagian daripada golongan yang berlumba-lumba untuk mencari keredhaan di malam Lailatul Qadr. Usah kita mensia-siakan ganjaran yang Allah berikan kepada kita. Walaupun kita tidak mengetahui bilakah malam lailatul qadr yang sebenar, namun ia tetap ada iaitu pada 10 malam terakhir ramadhan.

No comments: