Tazkirah Ramadan - Surau At Taqwa Lembah Keramat , KL
Tarikh: 14 Julai 2013
Penceramah: Ustaz Septian Aswendi
Intisari Tazkirah malam ini ialah ganjaran dan kelebihan bulan Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Juga di nyatakan beberapa adab shiyam Ramadhan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya yang antaranya ialah:
1.Memantapkan niat sebab niat merupakan jiwa dari amalan Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang tak berniat sebelum fajar untuk puasa maka tak ada puasa baginya.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi)
2.Melaksanakan makan sahur - diriwayatkan Abu Said Al Khudri bahwa Rasulullah SAW bersabda : "Yang membedakan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur". (HR. Riwayat Muslim).
3.Menyegerakan berbuka (Ifthar) meskipun dengan seteguk air
4. Banyak berdoa ketika puasa dan berdoa ketika berbuka.
5. I’tikaf di 10 hari akhir Ramadhan
6. Memberi Makan Orang yang Puasa
7. Banyak bersedekah dan bertadarus Al Quran
8. Memperbanyak istighfar pada malam terakhir Ramadhan.
Friday, 19 July 2013
TAZKIRAH RAMADHAN - 5 RAMADAN 1434H
Labels:
RAMADHAN
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment