Friday, 5 July 2013

GOLONGAN YANG DITARIK MASUK KE NERAKA

TAZKIRAH 5 RAMADAN 1433H

Tarikh : 25 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Zainal Abidin Karim (Taliban)

Tazkirah Ramadan di surau At Taqwa Lembah Keramat KL hari ini disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin Karim (Taliban) mengenai taubat di bulan Ramadan dan golongan yang ditarik masuk ke dalam neraka. Jemaah dinasihatkan agar bersungguh melakukan taubat di bulan Ramadan kerana ini mungkin merupakan Ramadan yang terakhir buat kita, belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan dating. Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan. 

Antara golongan yang akan ditarik masuk ke Neraka adalah seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suami yang tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy akan di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.


 Zulheimy Maamor
5.7.2013 : 1.15 am
Lembah Keramat, KL

No comments: