Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAN 19 RAMADAN 1433H

Tazkirah 19 Ramadan 1433H

Tarikh: 8 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa, AU 5D Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Hj Hussin Ismail


Intisari Tazkirah:
Al-Quran disifatkan sebagai al- Nur (cahaya) Al-Quran disifatkan sebagai al-Huda (pertunjuk) Al-Quran disifatkan al-Busyra (berita gembira) Al-Quran disifatkan sebagai al-Mau’zah (pengajaran) Al-Quran disifatkan sebagai Syifa’ (penawar)
Al-Quran mempunyai keistimewaan tertentu berbanding kitab-kitab suci yang lain. Segala isi kandungan bersesuaian dengan semua keadaan, tempat dan masa berbanding dengan kitab sebelumnya yang hanya untuk umat tertentu ,pada tempat dan waktu tertentu sahaja.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, “Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:
1. Mengkhatamkan Al Quran
2. Menjadikan para Nabi sebagai Penolong mu di hari Kiamat
3. Menjadikan agama Islam sebagai redha kepada mu. 
4. Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah. 


Lalu Saidatina Aisyah berkata: Wahai Rasulullah SAW, tuan perintahkan saya mengerjakan 4 perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang.”
Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda:


Apabila kamu:
1. Membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali, seolah-olah engkau telah mengkhatamkan AL Quran. 
2. Apabila engkau berselawat kepada ku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhkan kami telah menjadi penolongmu di Akhirat nanti. 
3. Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau. 
4. Jika engkau sebut Subhanallah,sesungguhnya engkau telah menunaikan Haji dan Umrah.


No comments: