Friday, 19 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN - 4 RAMADAN 1434H

Tazkirah Ramadan Surau At Tawqa, Lembah Keramat , KL
13 Julai 2013 
Ustaz Hj Mejar Daud Salleh mengingatkan jemaah agar membuat perancangan untuk Ramadan. 

Setiap orang mempunyai perancangan dan akan senantiasa membuat perancangan dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka cita-citakan, khususnya dalam urusan dunia. Sungguhpun demikian, tersangat sedikit dari kalangan mereka yang merangka perancangan bersangkutan dengan urusan agama.

Ramadan merupakan bulan terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bulan keemasan untuk seseorang melatih dan membentuk diri menjadi seorang yang soleh.

Justeru, perancangan yang terbaik hendaklah direncanakan dari awal-awal lagi, agar ramadan dapat diimarahkan dengan pelbagai ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT.5. Bertekad mengimarahkan ramadan dengan pelbagai amal soleh.
Ketibaan ramadan hendaklah disambut dengan tekad yang utuh untuk mengimarahkannya dengan pelbagai amal soleh, dengan perancangan yang penuh strategi, pada setiap saat dan ketika.

Bulan ramadan sewajarnya diperbanyakkan program-program dakwah seperti tazkirah, pengagihan buku-buku atau risalah ringkas berkaitan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain yang wajar dilakukan.

Pastikan pada tahun ini dan tahun seterusnya ramadan disambut dengan lebaran baru yang putih bersih bersama.

No comments: