Saturday, 26 December 2020

Hadiah Pahala Bacaan Al-Quran


Para ulama berbeza pendapat dalam hal menghadiahkan pahala membaca Al-Quran untuk orang yang sudah meninggal dunia. Adakah dibolehkan menghadiahkan pahala, sampakah pahala kepada si mati dan adakah bermanfaat baginya ?

Secara umum ada dua pendapat yang berbeza :

Pendapat pertama: Tidak boleh menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada orang sudah mati kerana ini merupakan suatu yang tidak bermanfaat sama sekali bagi si mati dan pahalanya tidak sampai kepadanya.

Pendapat kedua: Dibolehkan menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada orang yang sudah mati dan pahala itu sampai dan memberi manfaat kepada si mati tersebut tetapi perlu dikatakan (yakni didoakan) sebelum pembacaan: "Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang akan aku baca kepada si polan", yang afdhal dilakukan sebelum memulakan bacaan, namun boleh juga dilakukan selepasnya.

Di dalam kitab "al-Adzkar" yang masyhur karya ulama Imam an-Nawawi 'alaihi rahmatul Bari, pada halaman 258, antara lain:- ".... 
Dan para ulama telah berbeza pendapat mengenai sampainya pahala bacaan al-Quran (kepada si mati). Maka pendapat yang masyhur daripada mazhab asy-Syafi`i dan sekumpulan ulama bahawasanya pahala bacaan al-Quran tersebut tidak sampai kepada si mati. Imam Ahmad bin Hanbal serta sekumpulan ulama yang lain dan sekumpulan ashab asy-Syafi`i (yakni para ulama mazhab asy-Syafi`i) berpendapat bahawa pahala tersebut SAMPAI. Maka (pendapat) yang terpilih adalah si pembaca al-Quran tersebut hendaklah berdoa setelah bacaannya : "Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang telah aku bacakan kepada si polan."

Berkata Imam Nawawi dalam Fatawanya, ms145: "Sampai pahala doa dan pahala sedekah dengan Ijmak. Dan berlaku khilaf pada pahala bacaan Al-Quran. Maka berijtihad Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafiyyah: Sampai pahala bacaan yang disedekah kepada si mati".

Pendapat yang muktamad di sini Mazhab Syafie ialah sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Ini sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab Al-Bujairimi Minhaj:
( قَوْلُهُ : أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا ) ضَعِيفٌ وَقَوْلُهُ : وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يَصِلُ مُعْتَمَدٌ .
“Perkataan: Sesungguhnya tidak sampai pahala bacaan adalah Daif sedang perkataan: Dan sebahagian Ashab Syafi’i mengatakan sampai adalah MUKTAMAD.”

Berkata Syeikh Muhammad Ar-Ramli (ulama mazhab Syafie) :
وَيَصِلُ ثَوَابُ الْقِرَاءَةِ إذَا وُجِدَ وَاحِدٌ مِنْ ثَلَاثَةِ أُمُورٍ ؛ الْقِرَاءَةِ عِنْدَ قَبْرِهِ وَالدُّعَاءِ لَهُ عَقِبَهَا وَنِيَّتِهِ حُصُولَ الثَّوَابِ لَهُ
“Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu: 1. Pembacaan dilakukan di sisi kuburnya. 2. Berdoa untuk mayat sesudah membaca Al-Qur’an yakni memohon agar pahalanya disampaikan kepadanya. 3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu kepadanya.” (Hasyiatul Jamal)

Dan hadis dari Ali secara marfu':
وَحَدِيْثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ مَرْفُوْعًا مَنْ مَرَّ عَلَى الْمَقَابِرِ وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ أَحَدَ عَشَرَ مَرَّةً وَوَهَبَ اَجْرَهُ لِلاَمْوَاتِ اُعْطِىَ مِنَ اْلاَجْرِ بِعَدَدِ اْلأَمْوَاتِ رَوَاهُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ السَّمَرْقَنْدِي 
(التفسير المظهرى 1 / 3733 وشرح الصدور بشرح حال الموتى والقبور للحافظ جلال الدين السيوطي 1 / 303)
"Sesiapa melewati perkuburan kemudian membaca surat al-Ikhlas 11 kali dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang telah meninggal, maka dia mendapatkan pahala sebanyak bilangan orang yang dikebumikan di situ" Diriwayatkan oleh Abu Muhammad al-Samarqandi. (Tafsir al-Mudzhiri 1/3733 dan al-Hafidz al-Suyuthi dalam Syarh al-Shudur 1/303)

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti : "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia." (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Dalil orang hidup ada kaitan dengan orang mati ialah hadis:"واِنَّ المَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ اَهْلِهِ عَلَيهِ"
"Dan sesungguhnya mayat diazab dengan teriak tangis keluarganya ke atasnya" (HR Bukhari no. 1304)
Hadis ini jelas menunjukkan tangisan ketidakredaan itu akan mengazabkan jenazah.
Kata Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki: "Jika tangisan keluarga si mati memberi azab kepada jenazah, tak kan lah Allah tidak menyampaikan pahala jika kita sedekah, berzikir dan membaca Al-Quran agar pahala itu disedekahkan kepada si mati."

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya. 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam Al-Majmu’ jilid 15/522 Imam Nawawi telah menulis, ijma’ ulama bahwa sedekah itu dapat terjadi untuk mayyit dan sampai pahalanya dan beliau tidak mengaitkan bahwa sedekah itu hanya dari seorang anak. Hal yang serupa ini juga diungkapkan oleh Syaikh Bakri Syatha Dimyati dalam kitab I’anatut Thalibin jilid 3/218 :Dan sedekah untuk mayyit dapat memberi manfaat kepadanya baik sedekah itu dari ahli warisnya ataupun dari yang selainnya.

Dari Anas bahwasanya Sayyidina Ali kw. berkorban dengan dua ekor kibas. Yang satu (pahalanya) untuk Nabi Muhammad saw.dan yang satu lagi (pahalanya) untuk beliau sendiri. Maka ditanyakanlah hal itu kepadanya (Ali kw.) dan beliau menjawab: "Nabi saw. memerintahkan saya untuk melakukan hal demikian maka saya selalu memperbuat dan tidak meninggalkannya”. (HR Tirmidzi).

Hadis : "Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal : Sedekah jariah, anak soleh yang mendo’akannya dan ilmu yang bermanfaat". (HR. Abu Daud)

Dalam hadits tersebut tidak dikatakan inqata intifa’uhu (terputus mendapat manfaat) tetapi disebutkan inqata ‘amaluhu (terputus amalnya). Adapun amalan orang lain (yang masih hidup) maka itu adalah milik orang yang mengamalkannya, jika dia MENGHADIAHKAN PAHALA kepada si mati, maka AKAN SAMPAI pahala orang itu kepada si-mati itu. (Syarh Thahawiyah : 456)

Selepas tuan2 sudah mati, anak tuan2 yang soleh doakan tuan2, takkan tiada manfaat ? takkan tidak sampai doa itu ? Masa hidup tuan2 ada sedekah jariah AlQuran di masjid, selepas tuan2 sudah mati, ada orang baca guna AlQuran itu, perbuatan orang yang baca itu akan mendatangkan pahala kepada tuan2 walaupun selepas tuan2 dah mati. Jika tiada sesiapa baca guna AlQuran itu, tiadalah saham kepada tuan2. Masa tuan2 hidup ada ajar ilmu kepada saya, kalau saya tak amal, tuan2 tak ada saham, jika saya amal ilmu itu, tuan2 akan dapat pahala walaupun selepas tuan2 mati. Bila tuan mati, yang terputus adalah amal PERBUATAN tuan2, AMAL PERBUATAN orang lain untuk tuan2 TIDAK PUTUS dan AKAN SAMPAI...

Ayat Al-Quran: "Dan tidaklah bagi seseorang kecuali apa yang telah dikerjakan" (An-Najm:39)
1) Tafsir Tobari, j.9, ms.27: Ayat ini turun ketika Walid Ibn Mughirah masuk Islam diejek oleh orang musyrik, dan orang musyrik tadi berkata: "Kalau kamu kembali kepada agama kami dan memberi wang kepada kami, kami akan menanggung seksaanmu di akhirat"
Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai bantahan kepada mereka.
Pada berikutnya, Imam Tobari menyatakan:
عن ابن عباس: قوله تعالى (وان ليس للانسان الا ما سعى) فانزل الله بعد هذا: (والذين ءامنوا واتبعهم بإيمان الحقنابهم ذريتهم) فادخ الله الابناء بصلاح الجنة الاباء
"Dari Ibn Abbas dalam firman Allah taala: (Tidaklah bagi seseorang itu kecuali apa yang telah dikerjakan) KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN ayat surah Ath-Thur: 21, (Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan anak cucu mereka dengan mereka, maka Allah memasukkan anak kecil ke syurga keeana kebaikan orang tua" maka yang dapat kita fahami disini ayat tersebut telah DIMANSUKHKAN dan diganti dengan hukum lain.
2) Tafsir Qurtubi, j.9, ms.82
قوله تعالى: (وان ليس للانسان الا ما سعى) روى عن ابن عباس انها منسوخة بقوله تعالى: (والذين ءامنوا واتبعهم بإيمان الحقنابهم ذريتهم)
"Firman Allah taala: (Tidaklah bagi seseorang itu kecuali apa yang telah dikerjakan) dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a sesungguhnya ayat ini telah MANSUKH dengan Allah menurunkan ayat surah Ath-Thur: 21, (Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan anak cucu mereka dengan mereka"
3) Tafsir Adhwa'u Al-Bayan fi Idhahu Al-Quran bil Quran, j.7, ms.419:
Pada mentafsirkan surah An-Najm ayat 39, penulis telah berkata:
"وقد اجمع العلماء على انتفاع الميت بالصلاة عليه والدعاء له والحج عنه ونحوى ذلك مما ثبت الانتفاع بعمل الغير فيه"
"Dan telah Ijmak ulama dalam masalah si mati memperoleh manfaat dengan selawat ke atasnya, doa kepadanya, haji baginya dan seumpamanya daripada apa yang telah tetap bermanfaat amalan orang lain padanya"
Ketiga-tiga tafsir ini menunjukkan ayat Al-Quran itu telah mansukh (dibatalkan) dengan turunnya surah At-Thur ayat 21 dan pahala doa kepada si mati adalah sampai.
Jika ada yang mengambil pendapat bahawa ayat ini belum dimansukhkan, maka saya nasihatkan supaya melihat Asbabun Nuzul ayat ini.

Sabda Nabi s.a.w: "Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan Nabi s.a.w menyebut:
"لعلَّه ان يُخفِّفَ عنهما ما لم تيبسا"
"Mudah-mudahan ia (pelepah) tadi boleh meringankan azab keduanya selama ia belum kering" (HR Bukhari)
° Seperti diketahui umum setiap benda di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah berdasarkan firman Allah pada surah At-Taghabun, ayat 1 dan Al-Isra', ayat 44.
° Maka pengarang kitab Kasyifat Asy-Syubhat menyatakan "mencacak pelepah seperti ini dapat meringankan beban mayat dengan berkat bacaan tasbihnya."
° Berkata Tuan Guru Haji Wan Zukir: "Jika pelepah bertasbih boleh meringankan azab orang mati, tak kan kita orang hidup ni tasbih tak jadi apa-apa kepada si mati?"
° Nabi s.a.w mengisyaratkan, benda tanpa akal pun boleh bagi manfaat kepada si mati. Kita yang berakal lagi muslim ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada si mati jika diizinkan Allah.
° Hadis ini tidak menunjukkan ia hanya mukjizat Nabi s.a.w semata-mata dan orang lain tidak memberi kesan apa-apa. Kerana jika benar ia mukjizat Nabi s.a.w, sudah tentu Nabi s.a.w tidak perlu meninggalkan pelepah itu bahkan Nabi s.a.w hanya perlu terus berdoa agar diringankan azab kubur.
° Demikian juga, sekiranya ada yang mengatakan ia adalah mukjizat Nabi secara khusus, maka sudah tentu Nabi pasti perbuatan itu dapat meringankan azab si mati. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana Nabi s.a.w bersabda:
"لعلَّه ان يُخفِّفَ عنهما ما لم تيبسا"
"Mudah-mudahan ia (pelepah) tadi boleh meringankan azab keduanya selama ia belum kering"
~ Perkataan لعل yang bermaksud 'mudah-mudahan' atau 'semoga' yang menunjukkan ketidakpastian. Bahkan ia lebih merujuk kepada pengharapan atau suatu usaha beserta doa agar diringankan azab.
° Ada mengatakan, ini khusus kepada Nabi s.a.w. tetapi amalan ini juga telah thabit sebagai amalan Salafussoleh yang dilakukan oleh sahabat yang bernama Buraidah ibn Al-Hasiib Al-Aslami. Imam Bukhori menuliskan:
وأوصى بريدة الأسلام أن يجعل في قبره جريدتان
"Buraidah berwasiat agar dikuburnya diletakkan dua pelepah kurma."
Menyimak sabda Nabi dan wasiat Buraidah diatas,maka sejumlah Ulama yang dapat dipercaya fatwanya, Khatib Asy-Syirbini,salah satu Ulama madzhab Syafii dalam kitabnya, Mughnil Muntaj bahkan berkata:
ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر،وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب،ولا يحوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه،لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الإستغفار
"Dan disunnahkan untuk meletakkan pelapah kurma yang masih hijau di atas kubur, begitu juga wangian dan sejenisnya yang berasal dari tumbuhan yang masih segar. Dan seseorang tidak boleh mengambil apa yg diletakkan diatas makam tersebut sebelum kering, sebab pemiliknya tidak berpaling darinya kecuali setelah kering. Kerana bila sudah kering, ia sudah tidak bermanfaat lagi, sementara ketika masih segar ia memohonkan keampunan".

1. Muhammad bin Abdul Wahhab
وأخرج سعد الزنجاني عن ابي هريرة مرفوعا: من دخل المقابر ثم قرأ فاتحة الكتاب, وقل هو الله أحد, وألهاكم التكاثر, ثم قال: إني جعلت ثواب ما قرأت من كلامك لأهل المقابر من المؤمنين والمؤمنات, كانوا شفعاء له ألى الله تعالى. وأخرج عبد العزيز صاحب الخلال بسند عن أنس مرفوعا: من دخل المقابر, فقرأ سورة يس, خفف الله عنه وكان له بعدد من فيها حسنات
(محمد بن عبد الوهاب ” مؤسسة الفرقة الوهابية ” في كتابه أحكام تمني الموت)
“Sa’ad al-Zanjani meriwayatkan hadits dari Abu Hurairoh ra secara marfu’: “Barang siapa mendatangi kuburan lalu membaca surah al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan al-Hakumuttakatsur, kemudian mengatakan: “Ya Allah, aku hadiahkan pahala bacaan al-Qur’an ini bagi kaum beriman laki-laki dan perempuan di kuburan ini”, maka mereka akan menjadi penolongnya kepada Allah”. Abdul Aziz – murid dari al-Imam al-Khollal, meriwayatkan hadist dari sanadnya dari Anas bin Malik ra secara marfu’: Barangsiapa mendatangi kuburan, lalu membaca Surat Yasin, maka Allah akan meringankan siksa mereka, dan dia akan memperoleh pahala sebanyak orang-orang yang ada di kuburan itu.” (Muhammad bin Abdul Wahhab, Ahkam Tamanni al-Maut, hal. 75).

2. Ibnu Taimiyah :
Dalam kitabnya, Ibnu Taimiyah menjelaskan bahwa sampainya pahala bacaan yang dihadiahkan pada mayit.
وسئل: عمن هلل سبعين ألف مرة، وأهداه للميت يكون براءة للميت من النار حديث صحيح أم لا؟ وإذا هلل الإنسان وأهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه، أم لا؟ فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألفاً، أو أقل، أو أكثر، وأهديت إليه، نفعه الله بذلك، وليس هذا حديثا صحيحاً، ولا ضعيفاً. والله أعلم. مجموع فتاوى ابن تيمية
“Syaikh Ibnu Taimiyah ditanya (oleh seseorang) tentang orang yang membaca tahlil 70.000 kali dan menghadiahkannya kepada mayit agar menjadi tebusan baginya dari neraka, apakah hal ini hadits shahih atau tidak? Dan apabila sseorang membaca tahlil lalu dihadiahkan kepada mayit, apakah pahalanya sampai atau tidak?” Beliau menjawab, “Apabila seseorang membaca tahlil sekian; 70.000 atau kurang, dan atau lebih, lalu dihadiahkan kepada mayit, maka hadiah tersebut bermanfaat baginya, dan ini bukan hadits shahih dan bukan hadits dha’if. Wallahu a’lam (Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah, juz 24 hal. 323)

قال شيخ الأسلام تقيالدّين احمد بن تيمية في فتاويه، الصّيحح أن الميّت ينتفع بجميع العبادات البدنية من الصّلاة والصّوم والقراءة كما ينتفع بالعبادات الماليّة من الصّدقة ونحوها باتّفاق الأئمّة وكمالودعي له واستغفرله – حكم الشريعة الإسلاميّة فى مأتم الأربعين ٣٦
“Ibn Taimiyah mengatakan dalam kitab Fatawa-nya bahwa pendapat yang benar dan sesuai dengan kesepakatan para imam adalah bahwa mayit dapat memperoleh manfaat dari semua ibadah badaniyyah seperti shalat, puasa, membaca alQur’an, ataupun ibadah maliyah seperti sedekah dan lain-lainnya. Hal yang sama juga berlaku untuk orang yang berdo’a dan membaca istighfar untuk mayit. (Hukm al-Syari’ah al-Islamiyah fi Ma’tam al-Arba’in, 36)

Copy and paste: 26 Disember 2020 / 11 Jamadilawal 1442H: 12.30 pm


No comments: