SUMBER: FB KINGDOM OF TANAH MELAYU
Usiarumah ini lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsuai pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang.
Lokasi: Rumah ini terletak di Kampung Merlimau, kira-kira 22km dari Bandar Melaka mengarah ke Muar. Mereka yang sampai ke Pekan Merlimau akan mengambil masa kira-kira 10minit berjalan kaki ke rumah ini. Terletak ditepi jalan raya dan kereta boleh sampai hingga ke tangga.
Pemilik: Rumah ini telah dibina oleh Demang Abd Ghani. Beliau adalah seorang Demang atau pembesar yang dilantik oleh British bagi mentadbirkan kawasan Merlimau. Semasa menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi oleh anaknya Demang Abd Ghani, Penghulu Mad Natar dan akhirnya anak-anaknya.
Siapa Demang Abd Ghani: Beliau adalah seorang pembesar di kawasan ini. Dilantik oleh Residen Commissioner Melaka untuk menguruskan kawasan pentadbirannya. Beliau telah menjadikan rumah ini sebagai pejabat pentadbiran bagi membantu Pentadbir di daerah Jasin. Merlimau terletak di daerah Jasin. Tugas utama beliau ialah mengutip cukai khasnya dalam bentuk hasil seperti padi, kelapa dan buah-buahan. Menyelesaikan masalah awam dan jenayah yang ringan (perkelahian di kampung, melarikan anak gadis orang, mencuri, bergaduh, dan lain-lain) Menyelaraskan urusan pertanian khasnya bersawah padi, kerja gotong royong dan lain-lain) Di rumah inilah kes-kes di atas dibicara dan di selesaikan.
Seni Bina: Rumah ini berasaskan Bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunakan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari Tukang-Tukang Melayu dan Tukang Cina. Tukang Melayu menguruskan sebahagian besar rumah yang berkaitan dengan kayu dan Tukang Cina menguruskan bahagian ada kaitan dengan simen menyimin. Khasnya berkaitan dengan Tangga pelantar dan dapur.
Dari segi seni binanya kita dapat lihat dengan jelas seni bina Melayu, Cina dan Barat. Rumah utama Seni Bina Melayu dengan gabungan senibina Melayu Melaka dan Gabungan senibina “Limas” iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga. Rumah Besar dan Rumah dapurnya ada dari senibina Melayu Melaka dan anjungnya adalah dari Senibina Johor-Riau-Lingga. Bahagian utama yang menggunakan kayu TIDAK menggunakan sebatang paku pun.
RUJUKAN
Hj. Baharam Azit
Copy and paste: 1/12/2020 @ 16 Rabiulakhir 1442H: 10.16 pm
No comments:
Post a Comment